DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 19 January 2017

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekarang selain dekat skrin ni je (sebab aku tengah perhati ni).

Sebenarnya, aku tak pasti kenapa ada terniat di hati kau untuk datang ke sini. Oh, of course lah disebabkan sesuatu yang baru lepas kau baca tadi. Mesti nak tahu perkara-perkara lain yang ada dekat dalam tu kan? Banyak sangat ke persoalan dalam otak kau tu?

Terlalu banyak benda yang tak diceritakan di dalam tu, betul? Aku mohon maaf sekiranya perasaan kecewa muncul dalam setiap pembacaan yang lepas. Mungkin ada di antara korang tidak berpuas hati dengan apa yang tertera di dalam tersebut, bahkan mula rasa benci dengan setiap catatan yang bodoh, penuh dengan perkara yang tidak tahu sama ada ia benar ataupun tidak. Kan?

Catatan ini adalah gabungan diari-diari bertulis tangan di dalam buku, update sendiri dekat ruangan maya ni dan beberapa tempat lagi. Bercampur-campur. Jadi don't expect yang dia macam fiksyen yang direka sempurna dan mengikut plot ada permulaan, klimaks, peleraian. Juga ini adalah catatan atau diari umum, tidak tertaklukkan kepada satu tema yang macam kau fikir. Nilai persahabatan, berdikari dan beberapa unsur lain lagi turut terlibat dalam catatan ini.

Sebelum kau teruskan menyelami semula apa yang tak terjawab di dalam catatan yang penuh cela tersebut, aku cuma nak pesan-- mungkin apa yang akan kau baca ini adalah ulangan isi kandungan yang sebelum-sebelum ini, penjelasan yang lebih terang atau masih lagi penuh cela serta beberapa lagi perkara.

Another chapter maybe?

Ramai kan yang "cringe" dengan apa yang ada dalam catatan aku tu? Jom tambahkan lagi perasaan tu. Oh ya. Sebelum tu, beritahu orang lain about this. Spread it to yang malas sebelum ni cari extra reading material dan terus buat kecaman. Tak search? Tak guna segala benda yang ada dalam catatan tu sebagai petunjuk? Lupa. Ni kan Meleis. Suka buat kesimpulan dulu tanpa usul periksa. It's okay. Ikut kaulah. Asalkan benda ni apa yang korang ludah dekat aku tak beri kesan buruk terhadap aku dan aku sangat berharap tak jadi apa-apa dekat aku.

Boleh aku mintak tolong? Kalau sudi, search review orang dan beri dia link ni. Just let them know. Notice them. Tak kiralah dekat mana sekali pun.

Di dalam ini juga mungkin akan disertakan dengan beberapa petunjuk, serta ambil semula catatan bercetak aku tersebut untuk panduan. Juga, sediakan, hm, whatever things you want-- pen, pensel, pembaris, highlighter dan kertas ke bagi memudahkan urusan seterusnya ini. Atau boleh sahaja tinggalkan semua benda ni. Simpan balik catatan aku dan pergi.

Terpulang kepada kau nak baca macam mana benda ni. As long as you understand it well. Sama ada nak scroll satu persatu terus ke bawah yang mengikut turutan terbalik (baru ke lama) atau boleh ikut panduan aku ni.

Dekat "Isi Kandungan" adalah kronologi bagi memudahkan rujukan dan pembacaan. Tertinggal apa-apa atau ingin mencari sesuatu di dalam blog ini-- cuma perlu ke bahagian atas kiri blog dan tekan ikon kanta (search).

Atau dekat atas tu ada simbol tiga segi-- boleh baca ikut Semester 1 - 6.

Okay. Jom, mula.

Dihidupkan Semula

Kembali mengaktifkan link ini.
Cerita yang tersimpan rapi.

Selamat meneroka semesta yang luas.

Wednesday 19 August 2015

7 Perkampungan

Di Lendu, kebanyakannya terdapat beberapa panggilan-- 3 Dewa, 3 Kayangan, 3 Dang dan beberapa lagi. Kolej Kasturi merupakan salah sebuah kolej di 3 Kayangan. Mengapa antara nama-nama kolej tersebut mendapat jolokan adalah kerana kedudukan mereka serta pengaruh nama kolej atau pun yang terhebat di antara semua.

Berhampiran dengan Kolej Kasturi terdapat sebuah tangki utama yang tertinggi di sekitar kawasan kampus Lendu sebelum tertubuhnya Kolej Tun Sabariah. Tersimpan beberapa cerita yang tidak dibongkarkan-- tersimpan rapi bagi tidak mengejutkan sesuatu yang 'tidur' dan tidak mencelarukan suasana.

Di situ, tersingkap 7 Perkampungan yang tidak jelas di mata. Merentasi ke sebuah tempat yang asing. 

Tuesday 18 August 2015

Perjanjian Yang Termaktub

Cerita ini diringkaskan.

Lendu merupakan sebuah tempat yang menjadi perteduhan sesuatu sejak dari dulu lagi. Oleh kerana pembangunan telah menapak di sini, maka banyak di antaranya mula berasa sesat dan di ganggu rumah mereka.

Gempar seluruh pelusuk kampus Lendu apabila hujan dan ribut mula membadai di sana tanpa henti dan malam itu terasa sangat berbeza sekali daripada biasa-biasanya. Ada yang telah membongkar rahsia. Ada yang telah memecah perjanjian.

Di Lendu terkenal 3 sahabat iaitu Gotam (Ketua Polis Bantuan UiTM Lendu), Datuk Mizan (Rektor UiTM Lendu) dan Ustaz. Dipendekkan cerita, pelbagai perjanjian dikatakan telah mereka lakukan demi mencapai keamanan di Lendu. Mereka bertigalah yang sering menentang dunia kebatilan yang menentang kebenaran di Lendu sejak beberapa tahun sebelum ini. 

Malang tidak berbau, Ustaz tersebut meninggal terlebih dahulu. Datuk Mizan telah berpindah ke sebuah universiti Islam di Selangor manakala Gotam berpindah ke UiTM Penang. Maka, disebabkan satu persatu pengunduran berlaku dan mulalah pemberontakan semula.

 'Mereka' kini berleluasa di sana bagi mencari yang seterusnya.