DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Monday 28 January 2013

Penjelasan: Pasal Ruzanna

Rujukan bermula dengan muka surat 121 dalam catatan aku.

Miss Shafee atau nama dia yang sebenarnya Miss Shafezah Abd Wahab merupakan pensyarah aku di Fakulti Masscomm. Dia antara lecturer yang mengajar kelas kitorang 2 semester bagi subjek berkenaan Journalism. Daripada situ kitorang kenal dia.

Second lecturer -- Sir Hidup Hidup Dato' Lat adalah Sir Anwar Fahmi di mana dia merupakan oenyarah yang pro-kerajaan atau pro-UiTM. Kalau budak-budak dekat sini selalu cakap yang dia ni jenis kipas orang. Dan sebagainya. For your information, dia pernah jadi kitorang punya RS (Resident Staff -- warden) dekat Kolej Tun Perak. Tapi macam tak berguna sangat je dia punya khidmat dekat kolej kitorang. MAcam ada agenda tersembunyi.

Dia juga merupakan pengasas Gelombang Merah Masscomm dekat Lendu ni dulu. Entah lepas Dato' Mizan dah berpindah ke universiti lain, dia terus macam slow down Gelombang Merah yang bersorak macam orang apa je tu. Rasa macam useless pun ada siapa yang ikut Gelombang Merah ni dulu masa part 1. Mujurlah dah tak ada selepas tu.

Ah bermacam benda lagilah dengan Sir Anwar Fahmi ni. Kalau nak diceritakan pasal dia memang tak habis. Tunggulah bila-bila rasa nak cakap pasal dia ni kalau rajin.

Next, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Raz Ha -- atau nama sebenarnya adalah Encik Norazman Bin Harun, Timbalan Rektor HEP. Aku terpaksa selindungkan nama-nama sebenar bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku kepada aku nanti sekiranya catatan ni dijumpai atau apa-apalah. But, dekat sini let me tell the truth.

Panggilan mesra yang sering digunakan oleh beliau adalah Ayah Man. Di mana aku pasti, sesiapa sahaja yang berurusan dengan dia, mesti akan melahirkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Siapa je yang tak rasa benci dengan Ayah Man? Yang bercita-cita untuk pegang tampuk pentadbiran dekat Lendu tu dengan lama sekali. Ikut dengar cerita, dia dah lama pegang jawatan Timb. Rektor tu. Dato Mizan dah pindah pun, still dia nak berkuasa.

Oh, lupa dia juga yang sedang berkuasa sewaktu ketiadaan Rektor dekat Lendu. Semua cakap dia yang kawal itu ini sebab dia pemangku Rektor sementara menunggu Rektor Lendu yang baru. Yang ni pun satu jugak, macam-macamlah orang tak puas hati dengan dia. Penuh dengan janji manis dan harapan palsu. Kalau nak disenaraikan rungutan orang, memang banyak jugaklah rasanya. Nasib baiklah dia berkuasa sekarang.

Jadi, inilah nama-nama sebenar serta jawatan kepada tiga orang yang berada di dalam catatan tersebut. You can highlight their name for revision I guess?

Dear Friend

Aku tak pernah mahu dan pernah sesekali memalukan kau. Semua ini atas desak dan gesaan masa yang menyesakkan ruang untuk aku bernafas. Sebetulnya aku tak berniat untuk menjatuhkan air muka kau-- apatah kau sendiri satu kelas dengan aku.

Memang segala isi di dalam blog aku menceritakan dan membetulkan kembali fakta yang di tulis kau; tetapi tak bermaksud sedikit pun untuk aku pasakkan kata kata tersebut menyalahkan kau.

Aku tak datang ke sini untuk bertaipkan semua semata demi menjatuhkan nama kau. Aku tak meluahkan semua ini hanya sekadar kerana dan mahu membina nama hanya kerana benda-benda bodoh ini semua. Aku ingin menjadi aku di dalam setiap ayat aku bagi mempertaruhkan kebenaran yang aku lalui sendiri.

Dan apabila kau menyedari sebenarnya aku di dalam cerita yang sedang hebat diperkatakan itu, aku tak kisah bahawa yang kau kembali seperti biasa serta berbalik kepada yang asal. Aku tahu yang hitam itu wujud dalam setiap manusia di dalam dunia ini. Maka tiada seorang pun sempurna.

Aku mahu mohon maaf.

Sunday 27 January 2013

#PrayForUiTMLendu



18 Januari 2013, Lendu trending worldwide. Ramai gila yang kecoh dengan apa yang terjadi sebaik perkongsian blog tersebut. Blog kitorang berdua saling di kunjungi ramai orang semata untuk mengetahui cerita apa yang terkandung sebenarnya di sebalik kes yang terjadi.

Rujuk catatan aku pada muka surat 101 untuk blog Ruzanna dan 107 bagi blog aku.

Banyak gila orang tweet ceritakan pengalaman seram masing-masing berkenaan dengan Lendu. Ada yang mengecam, ada yang jadi nasi tambah dan bermacam-macam jenis tweet lagi.

Ramai yang lempar tuduhan dekat Kolej Tun Perak sebab melanggar perjanjianlah, apalah. Katanya Resident Staff (RS) yang jaga kolej kitorang dulu-- Gotam (merupakan Ketua Polis Bantuan tapi dah pindah ke kampus lain) dah buat satu perjanjian dekat sini. Tapi entah perjanjian apa. Gotam ni adalah panggilan kepada RS TPK ni. Singkatan kepada Gorilla Hitam. Satu Lendu kenal dia back in 2011 tak silap. Jadi siapa yang belajar sekitar tahun 2011, mungkin kenal dengan nama panggilan Gotam. 

Saturday 26 January 2013

Karnival Tahajjud Cinta

Karnival Tahajjud Cinta merupakan sebuah event bertemakan kerohanian di mana diadakan di Dataran Ilmu berhadapan dengan Masjid Al-Hikmah. Event ini diadakan lebih kurang seminggu dan hasil kolaborasi bersama Kolej Merduwati.

Pada muka surat 85, aku menyatakan Kolej Atiqah (boleh highlight pada nama kolej tersebut) kerana ingin mengalih sedikit perhatian pada tujuan asalnya. Kalau ada terjumpa nama-nama yang ditukar gantikan dengan nama kolej yang lama, harap segera highlight catatan tersebut dekat nama kolej dan igat nama sebenar (sekarang) kolej tersebut.

Pada awal penubuhan UiTM Lendu, kolej-kolej kediaman yang berada di Zon A dan B diletakkan sebagai Blok A - P kalau tak silap. Ada beberapa kolej yang aku dapat kenal sebagai nama dan Blok apa.

Kolej Merduwati - Blok A (Atiqah)
Kolej Kasturi - Blok G
Kolej Jebat - Blok N (Nadim)
Kolej Lekiu - Blok P (Putra)

Yang lain aku tak berapa ingat apa nama blok sebab tak explore secara menyuluruh dan tak berniat nak ambil tahu secara mendalam lagi. Sebab itu kalau perasan mengapa di depan Kolej Merduwati tertera nama ATIQAH dekat entrance kolej diorang. Kolej Merduwati adalah kolej perempuan. Dan kalau perasan jugak, kalau kolej Jebat dan Lekiu sering menggunakan Kolej Nadim dan Putra Lekiu sebagai simbolik setiap kali ada hakka dan sebagainya. Kalau ada yang dekat Lendu rajin mencari blok apa setiap 14 kolej yang ada di Zon A & B, boleh tengok dekat bangunan kolej ada tertera huruf blok.

Back to the Tahajjud Cinta. Sekitar kawasan Dataran Ilmu terdapat beberapa kolej antaranya Kolej Tuah, Dang Anum dan beberapa buah kolej lagi. Kiranya kolej ni centre dia adalah Masjid Al-Hikmah. Dan di belakang masjid wujudlah sebuah tasik bernama Tasik Fatimah. Dekat sini ada stor kayak, track jogging atau cycling, sebuah jambatan yang digelar Jambatan Goyang. Keluasannya sekitar 400 meter (tak sure sebab selalu bila berlatih kayak memang coach cakap 400 meter).

Sekali lagi masuk semula kepada Tahajjud Cinta. Event ni merupakan event yang entah ke berapa semester ni bertemakan kerohanian. Jadi mungkin hasil lambakan program macam ni kali ini membuatkan pada mulanya sangkaan kitorang yang tak ramai akan datang. Ya lah, balik-balik akan ke tengahkan content yang sama. Mungkin nanti dah tak jadi lain dari yang lain dari event sebelum-sebelum ini.

Kebetulan sejak dua menjak ni pula, ramai selebriti yang berhijrah untuk bertaubat. Jadi lagi ramai yang berebut nak panggil diorang datang buat talk dan sebagainya. Diana Amir, Heliza Helmi, Tasha Manshahar & Syed Shamim (ada dekat YouTube orang upload with caption Tasha Manshahar UiTM Lendu if I'm not mistaken), Najwa Latif dan beberapa lagi selebriti yang datang Lendu semester ni.

Yes, malam yang Raja Syahiran marahkan aku tu memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila sebab dia boleh salahkan aku sebab Daiyan Trisha menangis? Dah malas nak ulang aku sakit hati. Eh entahlah.

Highlight:

- Muka surat 98 bermula "Beta cukup berkenan..." hingga "...percakapan aku."

Wednesday 9 January 2013

Hilang

Rujuk catatan aku muka surat 74.

Pembetulan pada nama Aizat dekat dalam catatan tu. Nama dia Aizzat Fadzil. Kiranya, dia sama macam yang lain dekat sini-- sekretariat Kolej Tun Perak. Aizzat ni berperwatakan peramah dan slumber. Okay, secara jujur aku tak kenal sangat dia sebab dia senior satu semester dari aku dan aku tak berapa bergaul dengan dia.

Dekat kolej pun macam jarang nampak. Adalah sesekali nampak dia datang roll call dan join meeting lain dengan camera dia atau apa-apa jelah yang pelik pasal dia. Sebab tak kenal, kan? Mungkin aku tak berapa perasan sangat dia.

Berita kehilangan dia jadi bahan utama untuk orang bercakap sebab kecoh jugaklah masa cari dia malam ni. Tak jumpa satu kolej dia dekat mana. Tup tup boleh jumpa dekat Dewan Bentara. Jauh sangat tu kalau fikir-fikirkan. Yeah, walaupun macam dekat dan depan kolej je Bentara tu, tapi kalau amati, jauhlah kalau dia berjalan ke atau ada sesuatu yang berlaku dekat dia.

Atau ada kena mengena dengan...

Wednesday 2 January 2013

Semester 2

Ura-ura pasal satu bilik 3 orang mulai semester baru ternyata betul. Ada 1 katil double decker dan satu katil single. Betapa sempitnya rasa. Haih entahlah apa nak jadi dengan kitorang ni. Terasa macam sardin.

Cadar tak warna biru pun. Ni sebab kes ada penempatan apa sekejap haritu,
jadi Unit Kolej Zon C belum sempat tanggalkan.


Bermacam benda lagi kena biasakan. Termasuk juga dengan persekitaran baru sebagai sekretariat kolej.