DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Sunday 26 August 2012

Raya Yang Malang


Aku tertinggal bas. Raya yang amat malang.

Bermula dengan kisah tiket raya daripada Pasir Mas ke Hentian Putra habis. Ayah dan mak tiri aku tak habis-habis membebel cakap aku lambatlah apa lah. Semua atas salah aku. Aku hanya mampu berdiam dan menadah telinga. Memang sejak dari azali lagi aku takkan melawan atau nak jelaskan balik setiap apa yang diorang tak faham. Biarlah malas nak fikir.

DAN… nasib baik masa tu, tiket tambahan dikeluarkan. 830 malam di depan Stadium Pasir Mas. Okay set. Tetapi apa yang terjadi adalah bila sesampai sahaja aku dekat stadium dalam 810 malam, aku terus ke kaunter tiket.

“Kak, bas tambahan yang mana eh saya akan naik?”

“Haa yang tu dik…” sambil menunjuk ke arah sebuah bas yang baru sahaja meluncur seluncur luncurnya meninggalkan aku.

Kau rasa apa reaksi aku? Mahu aku tak rasa nak meronta berpusing depan kaunter tu? Kakak yang berada di kaunter itu dengan perasaan yang tak bersalah terus menyambung kerja. Fuck this kakak.

Mujur sekali lagi bernasib baik, seorang pakcik yang berada dekat situ beritahu hal yang sebenar.

“Dik, naik je bas yang mana-mana. Semua harini bas tambahan…”

Aku rasa macam nak ke kaunter pergi tampar laju laju kakak tu. Tapi aku batalkan niat dan terus berlari dengan beg sebesar gajah di pikul naik ke dalam bas. Terlepas azab kena bebel tanpa henti. Like finally?

Sementara sebelum bas bergerak, aku check semua keperluan, barang dan beberapa aksesori penting. Tidak lama selepas itu, satu kelibat manusia yang aku rasa pernah datang dalam hidup aku menuju ke arah tempat duduk aku. Dan aku sangatlah kenal siapa dia!

“Eh Blue, nak ke mana?”
“Eh Yatul. Balik Melaka. Kau?”
“Shah Alam.”

Perbualan dimatikan. Suasana menghening. Burung camar berterbangan. Gagak indah meng’akk akk’. Air bergelora membelah samudera.

Setiba di Merapuh, bas berhenti dan membenarkan semua penumpang keluar. Ada yang nak makan. Ada yang nak ke tandas. Dan aku pilih untuk kekal berada di dalam dalam bas. Satu hajat pun aku tak terlintas nak buat. Entah macam mana secara tiba-tiba aku rasa nak terbuang air kecil. Lalu aku terus ke hadapan dan memberitahu driver bas.

“Pakcik, saya nak ke tandas sekejap.”
“Okay, cepat sikit. Kalau terdengar bunyi hon, cepat naik bas.”
“Okay…”

Aku dengan sepantas kilat ke arah tandas. Dan dalam pada masa yang sama sewaktu aku menuju ke tandas, aku terlihat kelibat Hayatul beberapa langkah belakang dari aku; pun sama menuju ke tandas. Aku fikir masa ni macam okay sempatlah kalau bas hon aku dengan Hayatul pergi tandas mesti orang bas akan check seat kitorang takde orang lagi, then dia takkan gerak lagi.

5 minit selepas aku ke tandas, aku terus ke bas dan tekalah apa yang terjadi? Bas yang sepatutnya aku naik tadi dah pun jalan tinggalkan aku.

Dengan peraasaan yang bersalah pada diri sendiri, perasaan-perasaan nak mengamuk, perasaan yang menujah-nujah buak amukan babi-- aku macam nak menangis sambil melaung “BODOHNYAAAAAAA” dalam khalayak ramai. Puas jugak aku fikir. Dan aku dah tak fikir malu ke apa. Satu sahaja-- tumpang bas lain.

Dengan perasaan yang paling tak malu; beritahu perkara yang sebenar kepada driver bas yang aku perhati dalam jangka masa beberapa minit sahaja dari sekarang akan bergerak menuju ke Hentian Putra. Aku terpaksa tahankan telinga; pekakkan diri sekejap. Dan nasib baiklah pemandu bas yang kedua tarik aku ke belakang cepat-cepat dan terus menuju ke tempat duduk kosong yang ada satu sahaja. Aku memang cukup bernasib baik.

Sepanjang perjalanan itu, aku menyesali setiap detik aku turun keluar dari bas asal aku tadi. Aku cuba cari nombor telefon kawan aku-- Hayatul. Puas aku call kesemua nombor dia yang dulu. Tapi satu pun tak didaftarkan dalam sistem dan sudah dimatikan mahupun sebagainya. Aku cuba pula call kawan-kawan aku yang dulu atau menitipkan pesanan ringkas. Tapi haram seorang pun tak balas.

Manakan tidaknya, jam masa itu pukul 330 pagi. Kau rasa? Manusia-manusia yang lain masih hidup ke? Bodoh jugak aku ni.

Dalam 2 jam berikutnya-- aku tiba di Hentian Putra. Aku segera turun daripada bas tersebut tanpa sedikit pun berterima kasih kepada driver bas pertama yang memarahi aku macam langsung tak bermaruah. Boleh dikira empat lima kali jugalah aku pusing satu Hentian Putra itu. Aku dengan penuh harapannya cuba mencari bas jahanam yang tinggalkan aku.

Sia-sia.

Aku cuba cari lagi siapa yang ada nombor Hayatul ni. Yalah. Kali terakhir aku ada nombor telefon dia adalah pada 2007; masa aku tingkatan 1. Sekarang 2012 dan aku dah lama tinggalkan zaman sekolah menengah rendah aku waktu sekelas dengan Hayatul.

Dan dalam kekalutan aku pusing satu Hentian Putra itu-- bateri phone aku pun habis. HABIS. Waktu-waktu aku sangat memerlukan segala harapan menjadi kenyataan. Ibarat mengharapkan duit jatuh berkepuk-kepuk dari langit. Ataupun ibarat menunggu ayam jantan bertelur. Aku rasa hidup aku masa itu ditimpa dengan ujian-ujian yang berat untuk aku hadapi seorang. At least kalau ada kawan ke apa, aku boleh mencarut atau sebagainya dekat kawan aku itu.

Yang paling malang pada ketika itu adalah-- segala hak milik benda barang aku kesemuanya ada di dalam bas yang tinggalkan aku itu. Laptop, phone charger, wallet dan beberapa barang seangkatannya yang penting bagi aku.

Manakala beberapa perkara yang ada pada aku adalah-- sebijik phone yang dah kehabisan bateri, kaca mata berbingkai putih dan wang kertas berjumlah RM20. Aku gigihkan lagi diri berjalan hampir 1 kilometer dari Hentian Putra menuju ke mana aku tak pasti waktu itu; demi semata mengharapkan kalau-kalau terjumpa bas celaka yang meninggalkan aku dengan gembiranya itu.

AKHIRNYA, aku terlihat bas bernombor plate Kelantan. Perasaan aku tak terungkap dan tak terkata. Aku dengan gembiranya berlari ke arah bas tersebut. Sampai sahaja di hadapan bas-- pakcik driver sempat tanya aku.

“Cari apa dik?”
“Saya punya beg tertinggal dalam ni tadi, pakcik…”
“Ohh tadi kawan awak dah bawak keluar… Katanya awak keluar macam tu je tanpa ambil barang awak.”

Sumpah waktu ini aku cuak dan pelik. Aku keluar macam itu je dari seat aku? Gila ke apa? Aku ucap terima kasih dan lari terus ke Hentian Putra kembali. Dengan satu harapan aku dapat jumpa Hayatul dan cakap terima kasih banyak-banyak dekat dia. Sekali lagi aku pusing satu Hentian Putra macam orang tak betul. Orang yang ada dekat situ pun dah mula pandang aku macam sesuatu. Barangkali mat seret atau mat pet ke atau apa-apa lah.

Malang jugak. Tetap tak jumpa Hayatul. Aku betul-betul putus asa. Aku nak balik Melaka. Berhampiran Hentian Putra ada satu stesen KTM. Aku berjalan ke arah situ. Dengan perasaan yang paling hampa dan rasa mahu mulakan hidup dengan pelbagai strategi nak dapatkan duit untuk cover segala barang aku yang hilang dalam sekelip mata tadi. Dan dengan takdir tuhan yang maha agung-- aku terserempak dengan Hayatul.

“Weh Blue! Puas aku cari kau merata tempat! Aku cuba call and mesej kau tapi semua tak masuk.”
“Aku pergi tandas lah tadi. Aku nampak kau. Masa kita nak pergi tandas dekat Merapuh.”
“Hah? Pergi tandas? Mana ada aku pergi tandas. Lepas makan, aku terus naik bas. And masa aku naik bas tadi, aku nampak kau sebelah aku je duduk tutup muka dengan badan pakai sweater kau. Aku ingat kau tidur. Then, masa dah sampai tadi kau terus blah tinggalkan beg macam tu je. Aku bawakkan lah ni haa.”

Aku dah tak tahu nak kata macam mana. Memang perkara yang sebegini sumpah takkan terjadi lagi dan aku akan pastikan bas merupakan pilihan terakhir aku kalau nak ke mana-mana selepas ini. Itu memang janji aku. Last.

Sebaik sahaja aku check barang aku semua ada dan satu pun tak tercicir atau di ambil orang-- aku terus balik Lendu. Lambaian aku kepada Hayatul adalah perjumpaan seketika setelah 5 tahun tak jumpa.