DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Saturday 28 July 2012

Thanks Guys

Beberapa hari jugaklah aku tumpang dan bermalam di bilik Zai dan Nabil. Walaupun aku agak menyemakkan pandangan diorang setiap malam, tapi diorang tak pernah kisah (mungkinlah) dengan aku. Tak tahulah kalau dalam hati diorang macam mana kan. Aku agak suka dapat tidur dalam bilik diorang setiap hari sebab kitorang boleh borak and tidur dekat bawah sama-sama. Bentang tilam dekat bawah. Dioranglah tempat aku membebel dan mengadu nasib.

Tambahan, selepas daripada hari aku terlanggar locker hari tu, aku memang jarang tidur bilik sendiri. Aku tinggalkan roomate aku tu sorang-sorang everyday. Balik bilik cuma untuk mandi, tukar baju je. Memang tak duduk bilik langsung.

Tempat berteduh aku macam dah bertukar kepada bilik TPK214. Rasanya lebih selesa. Selain dengan roommate aku yang… 

Tuesday 24 July 2012

Hari 53

Semalam aku terlanggar locker dalam gelap kira-kira 3 atau 4 pagi. Aku terkejut sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Dah tak peduli tak kunci pintu berlari pergi bilik Zai. Terasa benjol dia dekat kepala ni memang memalukan.

Aku tak peduli dah masa tu. Takkanlah dekat sini pun? Penatlah.

Ada mata memerhati dekat sudut bilik TPK231.

Monday 9 July 2012

Kayak and Bestfriends

Seperti beberapa post yang lalu aku banyak bercakap mengenai kawan-kawan aku dan beberapa benda yang aku suka. Korang mesti dah tahu apa yang aku buat selama berada dekat sini (of course sebab mostly hampir setiap 2 hari aku akan update blog dalam class haha) dan ada beberapa lagi aku belum cakap tentang apa yang aku suka.

Mungkin yang dah lama ada dekat blog aku tahu macam mana, betapa susahnya aku untuk mempercayai seseorang. Since I blogging dari 2010 lagi. Jadi banyak benda yang aku tulis dan update mengenai hidup aku dekat sini, tentang betapa bangsatnya hidup aku, tentang ranapnya hidup aku meniti keluar dari alam persekolahan dan ingin hidup bebas seperti hari ini. Which I think ramai yang nak hidup macam ni, tidak di kongkong sesiapa.

Dulu aku pernah cakapkan aku pernah di benci dan di pulau oleh... okay itu cerita lama. Check sendiri. Mals nak ulang. So, aku agak susah untuk memilih siapa yang okay atau dengan aku pada mulanya dekat sini. Entah macam mana, aku boleh makin ngam dengan diorang ni. Kira dioranglah yang aku sangat perlukan sepanjang semester ni berjalan.

Dekat kolej, I have Zainurin Syafiq or Zai. Dia yang selalu ada dengan aku ke mana je aku pergi. Aku tak kisah orang nak cakap apa kitorang macam belangkas ke kembar ke skandal ke (yes pernah ada orang cakap macam tu dekat aku) tapi aku tahu yang aku denganZai memang a real best friend. Sebab bila dengan dia, aku selesa untuk cakap apa-apa dan dia tak pernah letih untuk dengar aku mengarut sorang-sorang dekat bilik dia. Antara dia dengan Nabil, aku lebih banyak rapat dengan Zai walaupun diorang satu bilik. Entah, Nabil macam selalu busy dan sebagainya. Jadi aku lebih rapat dengan Zai lah. Dan kitorang satu group kokurikulum-- Kesatria.




Okay nak jadikan cerita, kitorang banyak buat benda yang sama even bersukan. Ada satu malam tu, kitorang ada roll call. Ada sukan bakat baru nak cari pelapislah apa semua untuk kampus. Jadi masa tengok list sukan yang ada, aku tertengok Kayak. Aku macam sukalah sebab sukan yang memang dah aku ceburi sejak sekolah menengah lagi ada dekat sini. So, I decided to join it. Tapi yang ada cuma kayak double which kena main dua orang. Mulanya aku macam nak cari pair dari wing level aku je. Tapi macam tak jumpa yang aku boleh ngamlah pulak, plus yang lain semua ada main sukan lain. Jadi aku paksa Zai. Nak tak nak kau kena join aku.

Ya, dia setuju walaupun macam terpaksa. Aku yakinkan dia yang dia boleh. Just ikut arahan aku apa nak buat. Tak payah banyak bunyi. So, masa hari kejadian, kitorang pun mulakan misi untuk berjaya.

Tak sangka. KITORANG MENANG!



Seterusnya berkenaan dengan kawan dekat fakulti dan kelas. Aku rasa aku lebih selesa untuk berkawan dengan dua makhluk ni daripada yang lain-lain sebab kebtulan kitorang berasal daripada Ipoh sama-sama. So, dia macam chemistry tu lagi banyak dengan diorang. Nama 2 ekor ni adalah Faa and Yana. Banyaklah kitorang hangout sekali apa semua and banyak group assignment pun kitorang sekali.

Even though selalu lepak sekali, tapi ada satu masalah. Jarang tangkap gambar sekali atau sebagainya. Okay next time. Will update more!

Sunday 1 July 2012

Dugaan

Beberapa minggu ni aku rasa sangat sesak. Teramat sangat. Bukan sebab ramai orang yang bersesak-sesak. Bukan sebab yang tak terjelaskan dengan penglihatan berlalu-lalang. Bukan sebab sesak nafas. Tapi sebab sesak tak cukup duit. Aku tak cukup duit sekarang. Macam mana aku nak buat pun aku tak tahu.

As I mentioned here before, in this blog, aku pernah kerja jadi cikgu yang tak berapa nak cikgu sangat tu dan beberapa kerja lain lagi untuk kumpul duit belanja. Itu pun tak bercukup sampai ke hari ni. Aku malu nak mintak dengan sesiapa lagi termasuklah family sendiri. Aku tak nak menyusahkan diorang. Aku tak tahu nak letak muka dekat mana kalau nak mintak duit lagi.

Ayah dan Abang Ngah akan bank ini RM50 dalam seminggu atau dua minggu sekali bergili-gilir. Aku bersyukur sebab boleh beli makanan dengan duit tu tapi RM50 tu tak cukup kadang-kadang nak survive sampai 10 - 14 hari kalau ikutkan. Paling lama aku boleh bertahan sepanjang 10 hari je setakat ni.

Sumpah, tak cukup kalau ikutkan nak berbelanja dekat sini. Aku rasa kena cari kerjalah. Sementara nak tunggu masuk duit PTPTN yang entah bila akan masuk. Call berjuta kali pun masih lagi cakap dalam proses dan sebagainya. Dugaan teruk sangat aku rasa ni. Ergh.

Aku lapar ni.

Hidup yang penuh dan teramat mencabar. Tuhan tolong aku.