DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 21 June 2012

Kehidupan & Fasa Baru

What a beautiful life here.

Aku tak menjangkakan kehidupan aku akan berubah sebegini drastik dan pantas. Berbeza daripada apa jangkaan aku. Sana kawan, sini kawan. I'm happy with it. Haih, lebih menyenangkan hidup bebas dan berkenalan dengan kesemua manusia yang ada dekat sini. I wish I can stay with them here, forever.

Beberapa minggu selepas Minggu Destini Siswa ni, aku banyak melalui beberapa minggu orientasi yang lain lagi termasuk juga sibuk berkenalan dengan orang sekitar aku. Okay aku akan cerita sedikit berkenaan apa yang aku lalui sejak dua menjak ni dekat Lendu. Let's start with my classmate.

Class mula-mula, kitorang start dengan BEL101 atau dengan kata lain English class. Our lecturer nama dia Madam Mimihayu. Class pertama ni aku tersesat dekat mana tempatnya. Nasib baiklah terjumpa dengan seorang kakak ni naik kereta MyVi, dia tanya nak ke mana. Kampus sangat besar sampai tak tahu dekat mana Blok Y. Dia tolong hantarkan and dia tahu aku budak part 1 yang kesesatan.

Masuk class, duduk tepi seorang mamat bangla (macam bangla tapi tak). Aku rasa macam janggal sebab tak kenal yang lain-lain dan kalau ikutkan dekat sini, yang lelaki-lelaki maksud aku, takde seorang pun yang aku kenal duduk dekat Kolej Tun Perak. Lagi bertambah aku cuak. Ada yang macam kerek, poyo dan sebagainya.

Sesi perkenalan bermula. Lelaki semua duduk belakang. Aku sempat hafal nama budak lelaki je setakat ni. Azrief Syahmie, Fikry Ibrahim, Fardhy Syawal, Faiez Haiqal, Farhan Bakhtiar, Muhammad Faizul dan Azammuddin. And another 2 girls, Azhwanie and Ayu. Okay setakat awal-awal minggu tu, itu je yang aku kenal. Bila dah masuk lama sedikit, mula kenal dengan yang lain.

First meeting.

Class kedua with Madam Mimihayu.

I don't have any idea kenapa kitorang tidur atas lantai.

Fardhy Syawal dengan karakternya pada English Night.

K try to be Aaron.

Fikry Ibrahim dan peminatnya lol nak jadi artis ke tu?

Ini serba sedikit gambar yang ada dalam simpanan aku untuk beberapa minggu ni. Maklumlah, telefon tak canggih dan semua kena melalui Facebook. Diorang semua dalam gambar ni sangat crack which tak sangka aku akan suka dengan budak class aku. Rasa macam mesra gila. Okay, aku masih lagi tak tahu hari yang mendatang macam mana tapi harap-harap tak buruklah. By the way, K atau Fikry Ibrahim adalah class rep kitorang. I mean ketua kelas. Jadi dia bertanggungjawab ke atas kitorang untuk semester ni.

Beralih kepad Kolej Tun Perak, Ini adalah beberapa aktiviti sepanjang Minggu Taaruf. Masa minggu ni, levelmate semua kena bergaul dan kenal satu sama lain untuk unite. Takdelah duduk bilik dan tak kenal orang lain. Banyak aktiviti yang dilakukan. Apa yang aku tahu, kolej yang aku duduk ni baru je dibuka sekita setahun yang lepas macam tu. Kiranya kami ni sekarang batch yang ke 2. No wonder struktur masih baru dan cantik.


Persembahan Hakka Tun Perak.

Sekretariat Kolej.

Bilik Zai dan Nabil/


Minggu Taaruf

Gotong Royong

Student perempuan depan Dewan Bentara.

Levelmate bergaul.

Jadi inilah serba sedikit memori untuk ditinggalkan di sini sepanjang beberapa minggu ini dekat Lendu. Baik di fakulti mahupun di kolej. I love to be here and I love them. Semoga dapat terus begini di sini dan di mana-mana.

Monday 11 June 2012

Wish Me Luck

Esok aku akan ke class. Finally, dah boleh belajr benda baru lagi. Ini adalah class aku yang pertama dekat kampus ini. Aku tak tahu apa akan jadi hidup aku bermula esok.

Wish me luck!

Sunday 10 June 2012

Hari Keenam

Minggu orientasi berjalan dengan lancar. Rasa macam beban kena tidur sampai 3 pagi setiap hari dah tamat. Untuk pengetahuan, orientasi dekat sini nama dia Minggu Destini Siswa or MDS. Semua kampus memang ada benda ni untuk pelajar diploma kalau tak silap. Kalau peringkat lain tak sure apa dia sebab seriously nak cakap aku datang sini memang zero. Kira memang nak larikan diri daripada semua benda yang ada dekat sana sebelum ni.

Memang aku tak buat study ke apa pasal apabendalah dekat sini. Yang paling penting aku dapat tiket pelarian percuma ni daripada azab yang aku kena tempuh macam dulu.

Aku ada rasa risau sebenarnya sekarang. Tak tahu apa yang akan terjadi nanti dengan aku. Dah tak ada makan free, orang kejut dan beberapa perkara lagi yang lain macam seminggu yang lepas. Dekat sini sama ke macam dekat asrama puaka dulu tu. Macam mana dengan kehidupan dekat Universiti? I've no idea. Aku still rasa awkward with everything yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni.

Macam tadi, Achik dan Anip ajak aku lunch. Dari sudut mata dan cara diorang tengok dekat aku ni, macam ada benda yang tak kena or diorang akan jadikan aku sebagai topik perbualan dekat bilik nanti. Ah fuck kenapalah aku fikir bukan-bukan macam ni. Damn.

By the way, Achik dengan Anip ni roommate satu bilik. Manakala Nabil dan Zai pun roommate. Sepanjang MDS berlangsung, aku rapat dengan diorang je. Memang tak berenggang langsung kecuali waktu kena balik bilik. Sorry to say, aku memang tak rapat dengan roommate aku. Dia pun entah pepagi melesap je kalau rollcall.

Dan seorang ahli baru, Haiqal. Tapi sekejap je. Maybe dia tak selesa dengan kitorang atau memang dia jenis yang nak bergaul dengan budak satu course dengan dia je. Entahlah. Malas aku nak menghadam.

Anyway, kolej yang sekarang aku duduk ni nama dia Kolej Tun Perak. Kolej baru lagi. Kalau check dekat Foursquare (now Swarmapp) berlambak orang check in Kolej Tun Perak.

Aku cukup gembira selama hari keenam dekat sini, still belum ada apa-apa yang menyesak pandangan aku. Nabil and Zai layan aku baik. Tak pernah kisah macam mana buruk rupa aku. Betapa pelik perangai aku.

Hanya seperti aku.
Aku jadi aku.
Tak lebih., tak kurang.

Zai

Anip

Nabil

Achik

Monday 4 June 2012

Awkward

Hari ni dapat kenal ramai sikit orang. Walaupun awkward nak start conversation dengan orang lain, tapi alhamdulillah. Berjaya buat kawan! Hari ni jugak, satu persatu mula terungkap di mana setiap persoalan yang berteka-teki sebelum ini mula terjawab.

Glad to know Nabil (first person yang aku kenal lepas tegur dia sebab dia duduk sebelah aku dalam dewan), Achik, Anip dan Zai. Kiranya Nabil, Achik & Anip adalah orang yang boleh masuk dengan aku setakat ni dan ngam lah. Boleh borak gelak macam dah kenal lama. Yang sorang lagi ni, Zai. Tak berapa nak cakap sangat dengan dia sebab satu dia memang secara tiba-tiba muncul petang tadi on the way ke Dewan Makan. Kedua, sebab dia ni memang menghadap phone dia je 24 jam.

Oh, apa yang berlaku lagi hari ni adalah kitorang ada lawatan fakulti kot nama dia ikut abang kakak dekat sini cakap which dia suruh kitorang bawak fail hijau apa semua daftar fakulti. Shit, dah lah ada benda yang tak cukup dalam senarai yang dia mintak ni. Macam aku cakaplah sebelum ni dekat catatan yang lepas. Yang pasal kena bebel tu. Itu sebab boleh jadi macam ni. Ah pergi mampuslah. Gamble, gamble.

Ada satu lagi. Tadi masa tengah beratur panjang nak tunggu giliran, ada sorang mamat ni dia peramah gila tanya semua orang dekat situ duduk mana apa. Then, aku pun salah seorang daripada orang yang dia tanya. Yes, aku terlupa siapa nama dia sebenarnya. Fuck. Dia cerita macam-macam pasal roommate aku. Fuck fuck fuck. Banyak betul keburukan yang dia jaja tadi. Terbayang-bayang lagi ni.


“Kau kena hati–hati sikit dengan dia tu! Silap hari bulan kau akan rasa apa yang roommate dia pernah rasa dulu. Hahahahahahahaha”


Sumpah aku akan ingat gelak syaitan dia sampai bila-bila. Negatif sangat ke roommate aku ni. Aduhai. Moga aku tertahankanlah. Kalau tak, dekat manalah aku nak merempat?

Sunday 3 June 2012

Tiket Pelarian Sempurna

Hai. Aku Blue.

Dari masa sekarang aku menulis diari ini merupakan hari pertama aku dekat kampus. Quite nice. Walaupun macam terasa sangat awakward dengan persekitaran yang baru ni. Keadaan bilik memuaskan. Struktur kolej baru. Kiranya dekat sini satu bilik dua orang. Aku bersyukur sebab aku dapat kolej baru.

Sebelum start sibuk sebelah petang tadi, ada berbual sedikit dengan roommate aku. But, aku masih tak kenal siapa roommate aku ni. Sepenuhnya-- belum. I hope he is nice. Tiba-tiba terbayang benda bukan-bukan pasal dia bila mengenangkan bacaan dekat Google sebelum ni. Harapnya dia tak menjengkelkan.

Di sebalik ruang petak konkrit ni, aku tak pasti sejauh mana akan selamatnya aku daripada semua peristiwa yang pernah menjadi sejarah silam aku sebelum-sebelum ni. Cukup dengan hanya sekadar suatu yang pernah. Takkan ada apa yang buat semua itu pulang kembali. Kembali memaksa tubuh dibuka.

Ah, sekadar cukup melalut.

Off to bed now. Esok kena bangun awal.