DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Tuesday 12 November 2013

Konvokesyen 79 UiTM & Pertama kali di Lendu

Penghujung tahun 2013 sangat berbeza apabila pertama kali UiTM Lendu akan mengadakan Istiadat Konvokesyen yang tersendiri di kampus ini. Secara amnya, konvokesyen ini merupakan konvokesyen yang ke 79 bagi UiTM dan ia adalah pertama kali di Lendu. Sebab sebelum-sebelum ni semua konvo buat dekat UiTM Shah Alam.

Jadi, selepas setiap UiTM di negeri mendapat mandat untuk mengadakan konvokesyen sendiri di kampus induk, maka UiTM Lendu mempunyai kuasa tersebut.

Aku berasa bangga sebab terpilih sebagai salah seorang petugas konvokesyen tersebut. Walaupun hanya di belakang tabir sebagai krew makanan VIP, aku masih beruntung sebab tak ramai yang dapat peluang itu pada masa itu.

Yang terlibat adalah aku, Aan, Own. Aizzat dan beberapa orang lain lagi. Kami dapat penempatan di Kolej Tun Perak sepanjang minggu konvokesyen tersebut berlangsung. Dan dapat jugak berkenalan dengan krew-krew yang lain serta staf-staf Unit Kolej yang lain.

Dekat sini, aku belajar banyak benda untuk dijadikan pedoman di masa akan datang.