DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 27 September 2012

Ah Shit

Ke sini lagi hari ni. Something just happened. Tak reti nak terang macam mana. Kalau boleh ulang masa, aku nak betulkan beberapa perkara.

Recap:
Aku kenal Syahiran noi as a roommate and makin banyak benda yang aku dapat tahu daripada dia. Bagaimana itu dan ini. Senang cerita Syahiran ni access kepada bermacam benda untuk aku. Nak dipendekkan cerita, Syahiran banyak bawak aku ke hulur ke hilir dengan kereta MyVi putih dia. Pergi jumpa dia tu, dia ni. Ada jugak jumpa dengan Daiyan Trisha, which sekarang tengah bising-bising pasal dia dekat sini YouTubers. Tengah trending dan sebagainya. Aku tak berapa ada peluang sangat bercakap dengan dia sebab busy layan phone bila ada dalam kereta. Tak banyak communicate dengan kawan-kawan Syahiran yang lain sebab siapalah aku kan. Dia kan artis lol.

Selain daripada Syahiran, aku ada kenal jugak dengan Kyo Propaganda yang jugak popular dekat YouTUbe. Dia duduk kolej Jebat tapi kawan dengan Syahiran ni jugak. As I said, dia kan artis jadi mestilah kawan dengan artis lol lagi.

Selain daripada itu lagi, Syahiran ni kira banyak kawan perempuan yang lain yang sampai aku dah malas nak ambil tahu dia kawan dengan siapa sebab bukan urusan aku dan aku cuma teman dia je kadang-kadang kalau dah dipaksa. I met Casmaira. Aku kesian dengan Casmaira actually sebab aku tahu dia macam menaruh harapan dekat Syahiran I guess. Dari segi dia punya layanan dekat Syahiran (vice versa) bukan macam best friend okay. Ah entahlah. Dan tanpa sengaja, aku boleh jadi best friend dengan Casmaira ni. Lagilah LOL.

Raja Syahiran-- dia punya visi dan misi yang besar untuk berada dalam imaginasi dia sendiri. Dia nak pegang jawatan as Yang Di-Pertua Kolej Tun Perak atau tak Naib Yang Di-Pertua pun okay. Dia banyak cerita dekat aku apa yang dia nak buat dengan kolej ni nanti. Sebab dia sekretariat kolej di mana sistem dekat kolej ni berbeza dengan kolej lain. Take a note here.

Kolej Tun Perak macam yang pernah aku terangkan dulu adalah kolej pelajar semester 1. Di mana, tiada pelajar semester 2 dan ke atas dekat sini melainkan diorang ada jawatan atau dapat peluang penempatan istimewa dekat sini. Selepas pelajar dekat sini habis semester 1, diorang akan di pindahkan ke kolej senior lain seperti Jebat. Lekir, Lekiu, Tuah atau pun Kasturi. Get it? Siapa yang bernasib baik pula, rapat dengan senior dekat kolej atau apa-apalah sistem dia, berkemungkinan akan dapat jawatan dekat kolej. Mana-mana pun macam tulah.

So, memandangkan aku dah rapat dengan Syahiran, aku banyak kali dapat soalan "Kalau Syahiran dapat jawatan YDP ke or even JPK dekat sini, nak tak stay next sem sini lagi?" Gila kau aku tak nak. aku memang naklah cerita dia. Siapa yang tak nak?

Maka, masa proses saingan entahlah apa JPK pertama kolej atau semasa tu buat dengan seki-seki semua tu buat competition untuk naik JPK kedua nanti. Macam AF pulak aku rasa duduk depan kolej anda tersingkir bagai malam tu. Aku letak harapan yang sangat tinggi untuk Syahiran dapat apa yang dia nak sebab kalau dia takde, macam mana aku nak stay kolej ni nanti. Aku macam tak sanggup nak berpindah ke kolej lain (kolej lama).

Tup tup, malam Annual General Meeting (AGM) Kolej, Syahiran tak dapat YDP or NYDP. Dia dapat JPK Kebudayaan. Aku macam agak terkejut tapi nak buat macam mana, buka keputusan tu boleh jangka.

Ringkaskan cerita lagi, aku dapatlah naik jadi sekretariat kolej hasil daripada Syahiran. Sebab 13 orang JPK kena bawa seorang satu sekretariat untuk stay dekat kolej dan Syahiran pilih aku. Makanya nanti aku akan kerja bawah Syahiran. Atau sebaliknya. Tengoklah nanti.

Ada beberapa perkara yang berlaku dekat kitorang yang macam tak reti nak jelaskan. Asyik berselisih faham sejak dua menjak ni lepas dia dah naik jadi JPK. Aku tak tahulah kenapa.

Ah shit.

Tuesday 25 September 2012

Bloody Hell

Rujuk catatan aku muka surat 33.

Entahlah. Makin lama makin tak terbendung rasa kebencian dekat dia ni. Kononnya buat cerita yang ada benda langgar dia lah apa lah. Eh entah.

Last week, aku masuk bilik sekejap. Tiba-tiba aku nampak dia duduk tersadai dekat lantai bersandar dekat katil. Tak pakai baju dan termenung panjang. Malas aku nak tegur sebab aku dah lambat nak pergi ke kelas. Tak tahu apa yang terjadi lagi sampailah singgah dekat Bentara and terjumpa budak levelmate tengah makan. Diorang panggil and ajak lepak. Aku pun join je lah sebab dah tak tahu nak buat apa lepas ni.

Buka cerita, si Qiu dengan Zaf cakap yang diorang dah confess dekat si Zul memandangkan diorang classmate. Like, aku terkejut nak mati. Finally??? Dah nak habis semester baru ada orang cakap pasal dia???? Banyak kan tanda seru? Sebab memang aku terkejut gila nak mati ni hahahaha

"Aku ajak dia makan," Zaf berbasa-basi.
"Kitorang suruh dia makan dulu sebelum apa-apa terjadi," Qiu terus sambung.
"Lepastu?"
"Aku pun terus cakaplah Zul kau sedar tak kau busuk? Orang semua tak tahan dengan bau kau. Kau tak pakai deodorant ke? Atu perfume ke? Kau tahu tak annoying sebenarnya bila kau ada bau badan macam ni. Semua orang tak selesa. Kau sedarlah sikit."

Zul terus macam tak senang duduk. Dia macam ada sesuatu untuk diperkatakan tapi dia memilih untuk berdia dan dengar semua yang diluahkan oleh Qiu. Termasuk jugak perangai annoying dia dekat kelas berlagak macam orang yang paling serba tahu disebabkan dia dulu Pra-Diploma dekat Lendu ni. Dan bermacam benda lagi yang dia acah-acah bagus menyebabkan orang tak sanggup untuk dekat dengan dia.

Padanlah termenung panjang tadi dekat bilik. Dan tak lupa dengan satu beg plastik deodorant and perfume yang bersepah atas katil dia. Tak tahu ni petanda baik atau buruk untuk kitorang smua ayang ada dekat dengan dia ni. I just don't know.

***

Satu notification masuk. Aku sangka apa dan siapa. Fuck it's him. ZUL ADD AKU DEKAT FACEBOOK LAH SIAL AFTER SATU SEMESTER DEKAT SINI. APA DIA MIMPI SAMPAI BOLEH TERJUMPA FACEBOOK AKU NI. FUCK FUCK.

Dan aku TER-approved Facebook dia Muhammadzulkarnain123. Fuck.

Saturday 15 September 2012

Baju Kurung Kuning Becorak Bunga

Rujuk catatan aku muka surat 30.

Sebenarnya aku sangat kisah. Tipu kalau aku cakap aku tak tertanggu dengan kelibat budak kecil ni. Dia selalu berlegar-legar dekat level macam tak ada orang nampak dia. I don't know her but I do wanna talk to her. Tapi bila fikir balik apa yang telah di pesan, aku batalkan niat.

MDS (atau minggu orientasi dekat UiTM) yang lepas, aku cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan dia. Malangnya, makin aku kerap mengelak, makin kerap dia muncul. Seolah-olah ada sesuatu yang dia nak jelaskan. Namun, bila aku cuba beranikan diri pada masa tu, dia macam melarikan diri.

Let me tell you, muka dia tak jelas mata memandang. Or I don't know if dia tak ada muka. But, aku pasti macam ada sebab takkan dia boleh bunyi suara and senyum kan? Boleh bayang tak? Atau nak aku tunjuk macam mana? Atau nak aku describe more lagi?

Macam aku cakap, rambut dia paras bahu, tinggi dia macam lebih kurang dalam kerusi banquet dekat bilik kitorang yang warna oren tu kusyen dia. Baju kuning dan bercorak bunga. Waktu selalu dia berlari terhibur sekitar 2 - 4 pagi which masa orang tengah tak sibuk.

Dia tak berseorangan.

Ada sesuatu yang bila aku nak dekat dengan dia, ada sesuatu yang memandang. Aku tak tahulah kalau itu anak makcik tukang sapu dekat kolej ni kan. Mak dia pandang or what tak bagi dekat dengan dia. Tapi bodoh apa pukul 2 pagi kau dekat kolej lagi nak menyapu. Pandangan dia tu. Macam dia tengah bagi warning je setakat ni "JANGAN DEKAT".




Kalau boleh tanya dekat dia, apa nama dia mungkin? Kenapa ada dekat sini? Atau tak boleh?

Friday 14 September 2012

Let's Talk About My Roommate

Semalam, aku berjalan ke bilik lama dalam sekitar 2 pagi. Saja-saja nak tengok barang barang aku ada tak yang di kacau oleh Zul. Bukan boleh kira dengan si Zul itu. Sesuka hati melepak tak berbaju dekat lantai tanpa ada alas atau pelapik yakni tikar lah maksud aku. Dengan botol-botol deodoran, bekas wax, tisu merata-rata dan yang paling pasti bilik yang berkepam hapak. Itu adalah penyebab utama mengapa aku keluar dari bilik sendiri. 

Sesiapa pun tak tahan. Bayangkan aku pernah beli air-freshner 5 serentak letak di segenap tempat di dalam bilik aku. Tak cukup dengan air-freshner yang gel-- aku beli pula yang jenis spray. Dengan harapan dia sedar apa yang aku lakukan ini adalah salah satu langkah dia berubah. Tabiat si Zul ini adalah dia suka balik setiap minggu. Jadi, bilik itu kepunyaan aku sepenuhnya. Aku boleh buka pintu seluas-luasnya. Buka tingkap, campak langsir keluar (metafora) supaya dengan harapan yang paling indah bergunung segala bau-bau yang mencengkam hidup aku keluar bebas bersama angin-angin bayu sepoi tak berapa nak bahasa.

Sengaja aku biarkan pintu terbuka dan terkuak luas-- dengan tujuan semua orang tahu aku bukan macam Zul. Sangat kontra. Aku sukakan konsep pintu terbuka dan orang datang berkunjung ke bilik aku lalu boleh beramah mesra seperti hari-hari hari raya. Begitu dum dum changggg.

Bilik aku akan mewangi seindah kau berada di syurga bungaan harum (sekali lagi metafora) dengan harapan segala puji-pujian dapat aku dengar selama dua hari cukuplah berbanding 5 hari yang lain penuh dengan kutukan bilik busuk, tak bergaul, tutup pintu dan sebagainya. Tapi memang sesiapa sahaja yang melintasi bilik aku di TPK231 akan memuji;

“Wahhh wangi, rapi, kemasnya bilik kau. Mana Zul? Hahahahahaha (gelak mengalahkan babi tercekik kepalaa ayam)”

Dan itulah, bila tiba malam Ahad sebelum masuk Isnin-- segala air-freshner satu tan aku letak dekat bilik mula tak berguna. Bila balik saja si Zul ini, kalah segala wangi wangian dari syurga aku. Sekejap saja. Terus hilang dimamah bau ‘perfume’ dari dia. Alangkah berada di neraka tong sampahnya hidup aku. Cukuplah aku akan menghadapi segala rintangan yang mendatang selama 5 hari penuh dengan kutukan dan kata-kata keji nista caci maki levelmate.

Sebab itu aku memilih untuk blah daripada bilik tersebut. Tak sanggup hidup macam ni. Aku tak pasti samada orang lain faham atau tidak perasaan aku setiap kali balik ke bilik ni. Or even his classmate? Tak faham ke dia macam mana? Aku nak cari tahu nanti siapa classmate dia and nak tanya macam mana dia dalam class. Please lah satu hari ada orang beritahu dia macam mana sebenarnya dia.

Sunday 9 September 2012

Bermula

Luar dari beberapa jangkaan aku. Syahiran balik. Aku berseorangan. Dan aku memilih untuk tidur di bawah. Dengan lantai yang dilitupi dengan karpet koko gebu seperti toto empuk. Kipas laju seperti air-cond dan tak lupa cahaya suram malam disebalik langsir oren. Aku sengaja memasang radio yang berada di meja Syahiran.

Level kosong. Ada pun mungkin sorang dua yang aku tak rapat. Rasa sunyi dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Aku tetap dengan pendirian aku-- takkan balik kalau bukan cuti panjang. Memang aku dari dulu memang tak suka balik rumah. Rasa lebih bebas dekat tempat lain daripada terkurung dekat rumah mak tiri. 

Dalam mengharungi kepekatan malam yang aku rasa agak suram dengan satu level terdapat hanya beberapa orang sahaja yang tidak pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu, aku mula terfikir bermacam-macam benda. Paling tak berhenti berkunjung ke dalam fikiran aku waktu itu adalah renungan yang aku terima sejak berpindah ke bilik TPK210 ini.

Ada beberapa ketika nak je aku pergi lari masuk ke bilik Nabil dan Zai, tapi macam tak guna jugak kalau diorang pun takde. Damn. Nak tak nak kena harung jugak. 

Tengah asyik melayan perasaan dan fikiran-- radio secara tiba-tiba diperlahankan dengan sendiri. Kemudian dikuatkan pula. Alah… ibarat macam deejay atau penyampai radio itu. Dikuatkan dan diperlahankan volume suara. Tapi kali ini versi seram sikit. Versi di bilik TPK210 yang HANYA ada aku seorang sahaja, dan satu lembaga yang selalu perhatikan aku dengan renungan tajam di penjuru tepi tingkap berhadapan kaki katil aku. Okay kiranya, katil aku di sebelah tingkap yang menghadap hutan dan di antara tingkap dan dinding kan ada penjuru bucu ke apa itu? Haa dia selalu berada di situ di hujung katil aku. Dengan perasaan yang tak bersalah dan dengan gembiranya berdiri tanpa rasa lenguh saban hari di situ.

Tak. Aku tak fikir aku akan bangun atau pergi tutup radio atau pergi cakap dekat lembaga hitam itu--

“Weh, kau kalau ganggu aku pun takde guna. Aku memang tak ganggu kau dan aku tak pernah kacau kau pun. Aku rasa lagi elok aku kau pergi main terbang terbang dekat luar tingkap sana.”

Tapi itu kalau aku rasa aku gagahlah nak cakap dengan benda yang macam tu. Haram memang aku takkan pernah nak tunjuk berani. Cukuplah dulu je.

Friday 7 September 2012

Masih

Dan hari ini, tenungan dia masih lagi sama seperti semalam-semalam. Aku tak mampu untuk berkata sepatah pun sebab memang aku dilarang untuk terlalu mengikutkan hati. Takut-takut nanti termakan diri.

Aku tak boleh ulang perkara sama macam ni dah. Tak nak rasa yang sama seperti dekat asrama dulu. Shit. Apa aku nak buat ni. Nak beritahu orang atau pun tidak. Nanti takde yang percaya. Fuck fuck. Help me.

Tuesday 4 September 2012

Hari 90

Aku tak pasti sama ada aku masih bermimpi atau sebaliknya. Aku tak pasti siapa dia. Beberapa kali aku cuba elak pandangan dia. Dia masih dekat situ. Tak berganjak. Nak buat apa ni. Nak lari ke?

Kenapa dia asyik menenung aku?

Sunday 2 September 2012

New Roommate

Selepas dari peristiwa aku ditinggal bas tersebut-- banyak benda baru aku hadapi di kampus. Demi meneruskan kelangsungan duit yang makin lama makin berhabuk dalam bank mahupun dalam tangan aku sendiri; aku kerja di kafe berhadapan kolej kediaman aku.

Sebagai gambaran yang jelas, aku menetap dekat kawasan kolej yang baru seperti sedia maklum. Di Zon C ini terdapat 4 kolej baru, 3 perempuan dan satu lelaki. Di tengah-tengah antara kolej ini, terdapat satu dewan makan atau kafe-kafe which is nama dia Dewan Bentara. So, memandangkan aku dah kehabisan duit ni dan dengan secara kebetulan ada kerja kosong dekat satu kafe ni, maka aku apply kerja dekat situ.

Aku sangat terhutang budi dengan Abang Am dan Kak Watie kerana sudi terima aku untuk bekerja. Aku dah anggap kedua-dua pasangan kekasih ini sebagai abang dan kakak aku sendiri, di mana dioranglah tempat aku meluahkan segala perasaan aku sepanjang berada di sini. Walaupun masih boleh di kira baru kenal diorang, tapi layanan diorang selalu tak macam baru kenal. Balik class kalau tak makan lagi, datang kedai, mesti diorang suruh makan dulu apa-apa je without perlu bayar.

Selain daripada itu juga, aku telah pun berpindah bilik. Raja Syahiran (senior satu semester daripada aku dan juga merupakan juara bakat JoHara Radio Era.FM) ajak aku untuk jadi rommate barunya. Semuanya selepas malam Merdeka tahun tu. Syahiran ni jenis orang yang suka buat kawan. Dia sangat multi-talented, boleh beatbox, menyanyi, main gitar, parkour, dance and banyak lagi benda yang masih belum aku discover.

Kenal dia secara rapat bermula dengan aku lepak dekat bilik Nabil. Aku ambil upah gosok baju budak-budak dekat kolej. Satu baju RM1. Bolehlah dapat tampung mana yang patut. Orang tak faham situasi aku. Aku tak kisah kalau orang nak cakap apa.

Then, berbalik kepada tadi, tengah asyik menggosok baju sambil mengomel sendirian pasal perut berkeroncong dan buat orkestra ni, tiba-tiba Syahiran datang bilik letak satu tin biskut. He said "Makanlah."

Dari situlah kitorang boleh rapat and that's why dia ajak tinggal sebilik dengan dia memandangkan roommate dia yang lama-- Haiqal lari ke bilik lain kerana tidak suka satu bilik dengan Syahiran. Katanyalah. Actually, banyak benda yang budak dekat level kitorang bisik-bisik cakap pasal apa yang berlaku di antara Haiqal dengan Syahiran. Which Haiqal tak sebulu dengan Syahiran disebabkan Syahiran layan dia macam budak padahal diorang sama umur. Lebih kuranglah ceritanya dan beberapa lagi sebab kenapa Haiqal pilih untuk blah dari bilik tersebut yang masih lagi menjadi tanda tanya.

Jadi, aku dengan perasaan yang amat gembira dan berbesar hati; bersetuju untuk bertukar ke bilik TPK210. Maka, selamat tinggal roommate lama.