DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Monday 23 March 2015

The Purge: Kolej (TPK)

Beberapa hari lagi, study week bakal bermula. Semua pelajar akan pulang ke rumah kebiasaannya bagi menikmati satu minggu yang sangat bermakna untuk berparti sebelum berperang bagi final exam. Tapi ada jugak yang macam aku, akan duduk dekat kolej je selama seminggu ni.

Masuk hari Jumaat malam Sabtu, kitorang plan untuk bermain satu game. Tak ramai yang ada dekat kolej waktu itu. Plan dia adalah untuk kumpulkan semua yang ada dekat dalam kolej dekat bawah dan menutup suis elektrik utama.

"Perhatian kepada semua warga Kolej Tun Perak yang masih berada di dalam bilik, sila turun dengan kadar segera. Permainan penyingkiran bakal bermula sebentar sahaja lagi. Dalam kiraan 3... 2... 1..."

Dan bunyi ini diperdengarkan melalui speaker utama kolej:




Kedengaran beberapa orang mula berlari-lari di tangga. Hingar mula membingitkan suasana. Ada yang masih bingung dengan apa yang berlaku ketika itu. Aku dan Kecik berpaling satu sama lain dan kami tersenyum.

"Untuk pengetahuan semua, malam ini merupakan The Purge: Kolej (TPK). Suka atau pun tidak, korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap daripada korang akan dihantar ke kolej semula dan ditutup mata. Kemudian, akan diletakkan di beberapa tempat. Cari jalan keluar, nikmati kegelapan dan selamat maju jaya."

Kumpulan pertama di hantar ke dalam kolej. Beberapa orang telah berada di tempat masing-masing. Videographer juga telah mengambil posisi mereka.

Laungan pertama mula kedengaran dari level 3. Jeritan demi jeritan bergema di kolej yang sepi ini. Semua yang ada dekat bawah tidak tahu apa yang ada dekat atas dan bagaimana situasi mereka.

Seorang dapat loloskan diri. Tubuh dia berkeringat.

"Impressive. 15 minit je."
"Too bad..."

Satu kelibat melintasi dia dan menariknya dengan laju ke dalam gelap semula. Semua yang ada dekat situ terkejut. 

Siren kedua dibunyikan. Sayangnya, tak ada yang terselamat. Kumpulan yang seterusnya bersedia. Mereka semua kelihatan berbisik antara satu sama lain-- mungkin menyusun strategi.

"Misi kali ni berubah. Bukan sahaja perlu selamatkan diri, tapi cari kawan-kawan korang yang hilang tadi. May the best win."

Masa bergerak dengan pantas tanpa mempedulikan apa yang kami sedang lakukan. Satu kumpulan lagi yang tinggal sebelum semua permainan ini akan berakhir. Masih belum nampak lagi kelibat sesiapa yang berjaya keluar daripada kolej. Cuma terdengar bahasa isyarat masing-masing memanggil antara satu sama lain.

"SATU!"

Jeritan isyarat kedengaran.

"Rasanya diorang boleh bawak semua turun ke?"
"Dalam masa kurang 5 minit ni?"
"Haha kau nak naik ke?"
"Tak naklah. Kau nak naik ke lepas ni?"
"Come on Kecik, JPK and seki kita yang lain dekat atas jugak. Diorang semua tak tahu siapa."

Dua orang budak berlari ke arah kami. Diorang termengah. Baki budak yang lain semua memerhati dalam keadaan cemas. Kitorang berdua berdiri semula.

"Kitorang tak jumpa apa-apa."
"Too b--"
"Tak. Actually kitorang dah dapat someone. Kitorang dah suruh dia jalan dulu. Tiba-tiba dalam gelap tu dia hilang."

And we look at each others.

"Korang duduk dekat sana."
"Kecik aku naik dengan team yang ketiga."
"Nak contact diorang kat dalam tak?"
"Haa... bol-- Oh shit. Kita kan dah matikan semua phone diorang tadi and letak dekat bilik gerakan. Okay takpe. Kau standby dekat sini dengan dua orang tu."
"Okay."
"Korang empat orang ikut aku. Sekarang, dapatkan semua orang. Kumpulkan dan bawak dengan korang. Termasuk tukang kacau which is your JPK or seki. The plan is dua orang tangga wing kanan, dua orang tangga wing belah kiri. Bermula dengan level paling atas. Bertemu dekat tangga tengah dan baru turun level seterusnya. Sampai dekat bawah, selagi tak cukup orang, naik balik. Get it?"

Aku sendiri tak tahu apa yang ada dekat atas sebab perancangan semua sendiri-sendiri. Evolusi perancangan mengikut keadaan semasa dan kehendak masing-masing. Apa yang kitorang berdua dekat bawah tahu adalah susun budak dan bagi task dekat kumpulan. Kesemua yang ada sedang melalui The Purge: Kolej ni pun tak tahu apa arahan dan keadaan yang berlaku. 

Dan pergerakan bermula.

Melalui tangga tengah, aku lebih cepat untuk sampai dekat level paling atas-- di mana dekat situ titik perpisahan yang dirancangkan oleh diorang tadi berlaku.

Seseorang berlari di level satu ke wing sebelah. Dalam keadaan yang gelap dan tidak bercahaya, tidak dapat meneka siapa gerangan tu. Jadi aku cuma berandaian, dekat level satu ada orang. So, tak boleh skip level ni. Perancangan berubah ke? Kata semua akan ke level paling atas last round ni.

Aku meneruskan perjalanan ke level dua dan keti...

"Siapa tu?"

Dia duduk dekat situ. Cahaya suram malam tidak membantu langsung.

"Hm hm hm hm hm hm hm..."
"Tak payah nak ber-hm nyanyi lagi tradisional lah."

Figura dia makin jelas bila aku sampai dekat tangga paling atas sekali. Dia duduk bersimpuh dan membongkok ditutupi rambut mengurainya ke bawah. Kepalanya dipusingkan ke sebelah kiri sedikit dan dia mula mengeluarkan bunyi senyuman.

Aku mengundur satu langkah ke belakang. Okay sekarang ni aku nak kena buat apa. Nak patah balik ke bawah atau terus je ke bilik-bilik yang diorang kumpulkan budak ni. Okay patah balik. This is not a great idea to lintas that thing.

"Oh fuck! KAU BUAT APA DEKAT SINI?!"




Benda tu berdiri betul dekat tangga-- jalan untuk aku turun ke bawah. Cuma aku boleh melepasi cari orang lain adalah dengan cara lalu dekat sebelah laluan nenek tua yang tengah duduk dekat situ. Itu je. Fuck

"Nak main?"

Okay aku memang kena naik cepat. Dan pada masa aku melintasi nenek tua yang berada di sebelah kaki aku ni, diorang seakan sedang berkata sesuatu. Aku memilih untuk tidak berpaling tapi apa kan daya, gerakan secara tidak langsung menyebabkan aku tertoleh kembali. And they speak...

Thursday 19 March 2015

Wanita Berambut Panjang

​Beberapa hari yang lepas, berlaku sesuatu yang tak diingini. Seolah-olah angin mula memberitahu tentang kehadiran mereka. Dalam kata lain, menyeru aku untuk bingkas bangun.

Pintu terbuka dengan sendiri sekitar jam 3 pagi itu. Cahaya dari luar bilik memasuki ruang dalam tanpa segan silunya. Lalu, satu kelibat laju melintasi hadapan bilik aku di TPK211.

Aku mula menelan liur.

“Nak ikut atau duduk dekat sini?”





Satu suara halus membisik di tepi telinga aku supaya terus mengikut dia. Maka, dengan rasa yang kosong, aku bangun dan terus menuju ke sebuah arah. Kelibat tadi masih lagi berdiri beberapa langkah di hadapan aku-- perlahan berjalan dalam gerakan bayangnya. Dia langsung tidak menoleh ke arah aku.

“K-kenapa kau panggil aku?”

Dia berhenti. Masih lagi tidak menoleh. Tiba-tiba, dalam kegelapan yang menyelubungi dia, tangannya menunjuk ke arah kanan dari tempat kami berada. Aku menoleh ke arah tersebut dan mata aku mula terbeliak melihat keadaan yang berada di situ. Aku terundur ke belakang. Terlalu mengerikan untuk aku beritahu. Kenapa aku?

Aku mula berasa sejuk. Sekali lagi, dia meneruskan perjalanan.

Dan aku tersedar.

Katil kitorang berdua berada berhampiran dengan tingkap. Aku tak berganjak apabila terasa seakan ada sesuatu yang sedang mengerumuni dan menjalar di luar tingkap. Kecik masih nyenyak tidur tidak berganjak dari lenanya. Aku kena kuat sebagaimana yang telah termaktub sebelum ini.



Ada sesuatu yang sedang memerlukan untuk diterjemahkan keadaan ini.