DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 4 April 2013

Drama King

Rujuk muka surat 127 dalam catatan aku.

Recap:

Hafiz atau nama dia Muhd Afizz (Apizz) ni adalah student TESL dekat Lendu ni. Untuk pengetahuan, student TESL dekat UiTM adalah asasi dan tempoh pengajian cuma 2 semester sahaja. Yes, si Apizz ni kiranya satu semester dengan aku tapi dia dekat sini sampai part 2 je. Itu yang perlu kau tahu.

Basically, Apizz ni awalnya dia macam okay and takde apa-apa pun yang buat kitorang rasa macam annoying. Tapi start daripada beberapa minggu ni dia macam pelik dan makin annoying. Okay, rules untuk kawan dengan mana-mana orang termasuklah aku dengan budak Tun Perak yang lain adalah jangan gebang, berlakon dan pelik yang teramat pelik.

Kitorang (aku, Aan, Alfiq, Kecik & Nabil) kawan dengan Apizz ni sebab dia macam selalu datang bilik borak and whatsoever lah. Dah orang datang bilik melepak sekali, takkanlah nak halaukan. Tambahan pulak kitorang memang illegal bawak dapur nak memasak dekat bilik. Ia adalah kesalahan okay. Tapi memandangkan duit sengkek, kitorang kumpul duit sama-sama and beli induction cooker. Boleh goreng tempe untuk jimat duit. Apizz ni selalu join sekaki awalnya. Then, makin kelamaan kerap pulak dia selalu datang melepak. Masih lagi tak kisah.

Al-kisahnya masa orang tengah sibuk-sibuk kes histeria dan sibuk preparation Citrawarna, dia macam diabaikan barangkali secara tidak sengaja. MAcam aku cakap sebelum ni, pelajar lain yang semester 2 ke atas kalau duduk dekat TPK, secara automatik adalah sekretariat kolej. Jadi dia pun tergolonglah juga. Tapi disebabkan dia memang dah semester terakhir dekat situ, jadi orang tak gunakan khidmat dia sangat sebab nanti dia dah takde rugi je ajar benda-benda penting. Bukan dia yang akan naik jadi JPK TPK nanti.

Tiba-tiba dia kata dia sakit. Macam-macamlah dia cakap yang dia sakit jantunglah, itulah inilah. But the fun fact is kalau kau sakit macam yang kau cakap, kenapa kau boleh buat kerja berat bro. Kau boleh berlari dan sebagainya. Kata lelah lah apa. Okay dah menipu dekat situ. Lepastu apa yang orang buat, semua dia boleh buat. Bila cakap oh kau tolonglah buat kalau kau reti and dia boleh cakap "alamak aku terlupalah nak buat macam mana" bla bla bla. See?

Nak dijadikan cerita, dia WhatsApp us cakap yang dia operate this weekend. Tebuk jantung dan sebagainya nak pulihkan apabendalah. Sekembali dia dekat kolej, dia boleh tersenyum gembira berlari apa bagai. Kitorang dah pelik. Bila time nak mandi, dia selubung badan dia dengan tuala dan cakap malu nak tunjuk tempat pembedahan. Dah masuk hari ke berapa, barulah dia tunjuk plaster yang luka tangan tu tampal dekat dada. PLASTER? Kau operate apa sebenarnya ni?

"Oh aku operate sikit je besar semut lukanya."

Penipu. Kitorang malas layan dia dah. Termasuk dengan orang lain sebab kau nak menipu tapi tak reti. Kiranya macam attention seeker. Tak, dia memang attention seeker. Nak perhatian orang dekat dia. Itu yang aku perasan. Disebabkan dah tak ada orang nak melayan dia sangat, lalu dia pun mula menyendiri sedikit demi sedikit dan adalah orang yang still kesiankan dia.

Sampai satu hari ni, gempar dia pulak hilang. Habis orang mencari dia sekitar kawasan kampus yang lain. Rupanya dia dekat Kolej Kasturi kena rasuk. Orang dah ubatkan dia bila dia dah okay. Maka, datanglah rasa kesian tu dekat dia semula. Kitorang pun macam invite dia makan sekali apa semua. Tapi dia tak nak cerita apa-apa dengan kitorang pasal kena rasuk ke apa tu.

Oh lupa, kitorang ada seorang lagi kawan lain yang turut melepak dekat bilik iaitu Danny, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dekat dia ni lah yang si Apiz duk bercerita apa yang nak terjadi.

"Waktu tu aku dah otw nak balik dari Tasik Tun Fatimah nak ikut shortcut dekat Kasturi. Dan masa aku nak jalan tu, tetiba ternampak sesuatu. Aku ingatkan kembar aku. Sebab muka dia memang kembar aku. Tapi bukan. Dia datang rasuk aku and kacau aku dekat situ jugak. Nasib baiklah ada orang nampak and tolong aku. Lepastu aku dah tak tahu apa yang terjadi."

Kitorang mulakan plan untuk korek rahsia dia. Sebab setiap dari kitorang ni ada cara yang tersendiri "rapat" dengan dia. So, bermulalah misi kitorang.

Malam kejadian kononnya Apizz ni dirasuk, Aan sengaja senyapkan daripada kitorang sebab dia ada plan sendiri nak tahu betul ke tak dia kena rasuk. So, lepas dia dah okay sikit, Aan and Alfiq panggil datang bilik and bagi dia makan apa semua, tanya dia "Apiz, kau betul-betul kena rasuk ke?" dan dia sentap terus keluar. Duduk dekat koridor dan termenung jauh. Katanya nak terbang.

Nabil pulak selalu pergi jog dengan dia, tanya jugak betul ke yang dia ni ada sakit jantung. Tapi kenapa boleh jogging? Dia dengan slumber boleh terlepas cakap yang dia tak sakit sangat pun. Lagipun pembedahan tu cancel. HAHAHA CANCEL PULAK?

Dan sekarang, Apizz ni sangat rapat dengan Raja Syahiran. Oh yes, aku sekarang dah pandai berdikari sebab aku tak bekerja under Syahiran as kebudayaan. Aan yang seki bawah Syahiran (walaupun kerja Syahiran semua Aan yang buat). Aku sekarang banyak bekerja under Amin, Setiausaha Agong Kolej.

Entah macam manalah boleh diorang rapat antara satu sama lain. Aku tak pasti. Mungkin sebab dua-dua ni terpinggir dan memerlukan satu sama lain agaknya. Jadi, bolehlah rapat. Bijak jugak permainan si Apizz ni. Padanlah dah jadi pak turut Syahiran sejak dua menjak ni ke hulu ke hilir dengan kereta Vios tu. Well, kalau kau gembira, okaylah.

"Apizz kena rasuk lagi weh! Sekarang ada dekat bilik Syahiran."

Bila dapat tahu cerita tu, aku terus berdesup naik ke level 3 (bilik Syahiran). Nampaknya dia terlentang dekat atas lantai sambil sedang diselimutkan oleh Syahiran. Hadi tarik tangan aku sekejap ke luar. Dan mula tergelak. Aku macam peliklah jugak kenapa si Hadi ni nak gelak orang kena rasuk kot? (Roll eye)

"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi takde gaya macam kena rasuk. Kau pergi tengok sendiri."

Aku pun masuk pegang beberapa tempat seperti yang telah di ajar masa tempoh perubatan yang lepas. Yes, memang tak ada tanda-tanda kena rasuk. Cuba jugak beberapa kali communicate dengan dia, tapi dia macam acah-acah dalam mode kena rasuk lagi. Apa lagi, inilah masanya untuk mengenakan dia. Tarik telinga dia kuat-kuat, pegang sambil tekan sedikit dada dia yang kononnya operate tu. Reaksi dia cuma berdiam je sebab aku rasa dia dah mati kutu bila tak tahu nak buat apa. Kitorang decide untuk tinggalkan dia sambil cakap "Dia tak ada apa pun Syahiran. Mengigau je tu kot nak tidur sangat."

Dia masih tak puas hati lagi agaknya.

Malam Citrawarna, dia meraban sorang-sorang dekat tengah-tengah Padang Kawad (dekat tepi sebenarnya). Orang dah sangka dia kena rasuk. Disebabkan dia obviously pakai baju kolej TPK, mestilah tahu itu budak kitorang. JPK yang dah tahu motif sebenar dia walaupun still berjaga-jaga takut-takut itu memang betul-betul kan, bawak dia balik kolej. Sampai dekat depan hall kolej, ada orang detect dia menipu.

Itu yang kena simbah dengan air tu. Boleh pulak cakap dia nak perhatian je sebenarnya.

Friend, kalau kau nak berkawan, boleh je berkawan macam biasa. Tak eprlu nak perhatian orang sangat. Tak payah letak effort yang tinggi sangat nak suruh orang 24 jam pandang kau layan kau je. Just be yourself. Kalau orang suka kawan dengan kau, dia akan datang dekat kau tahu.

Dia pun kantoi pasal kes kembar dia tu jugak.

Selepas daripada semua ni, maka dia pun dah tak wujud dalam kehidupan kitorang dekat Lendu. (Ya ke?)