DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Tuesday 26 February 2013

Citrawarna 3

Citrawarna 3 merupakan sebuah event yang sangat besar di Lendu. Ia merupakan event tahunan (2 semester sekali) dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Seperti biasa, pelbagai pertandingan kebudayaan dipertandingkan sepanjang 3 hari ia berlangsung. Antaranya adalah koir, nasyid, nyanyian irama tradisional dan moden, deklamasi sajak, Gerak Wira (Hakka) & Gerak Seri (Cheers) serta bermacam-macam lagi pertandingan.

Tarikan utama setiap kali event kebudayaan dekat kampus ni adalah Hakka & Cheers di mana 18 buah kolej akan berentap mengikut kategori masing-masing. Latihan akan berlangsung selama sebulan atau lebih bagi memastikan pada hari pertandingan setiap kolej dapat memberikan yang terbaik.

Dan masa-masa latihanlah selalunya akan berlaku kes rasuk-merasuk ni kebiasaannya selain daripada musim exam. Itu memang pasti.

Selain daripada Hakka dan Cheers itu sendiri, gimik, pakaian seragam serta beberapa lagi juga menjadikan kedua-dua pertandingan ini berjaya menarik perhatian setiap genap manusia yang ada dekat kampus untuk turun di Padang Kawad. Of course pada malam Sabtu mesti penuh dengan semua warga kolej sebab ia adalah wajib untuk sertai acara perlawanan ini. Masing-masing akan menunjuk baju kolej yang baru untuk semester tersebut.

Sayang, sebab tahun ni di Citrawarna 3, kami tak memenangi di tempat pertama seperti tahun lepas di Perkampungan Budaya (juga event daripada Unit Kebudayaan Lendu). Tapi, kami janji yang di acara kebudayaan untuk semester hadapan sekiranya ada, akan kami tebus kekalahan kali ini. Kolej Lekiu berjaya merampas takhta kitorang selaku kolej baru.

Dengar cerita, Citrawarna bakal diteruskan lagi tahun depan.