DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Friday 24 January 2014

Dia Muncul

Pagi itu, aku ke kelas seperti biasa dan seakan macam dah lali dengan setiap tugasan yang dipikul. Rasa keterujaan mula pudar dalam hidup aku. Itu nak kena hadap, ini nak kena hadap. Ada masa-masa aku rasa macam "Ah dah malas nak fikir" tapi ada masa-masa aku "Kau nak kan ni, hadap lah".

Kebelakangan ni jugak, banyak kali mimpi yang bukan-bukan. Mungkin mainan tidur atau apa sahajalah. Aku tahu, dia tak ada kena mengena dengan kehidupan di sebelah nyata. Tapi, bila aku termimpi sesuatu perkara tu, mesti ada benda yang tengah berlaku dan akan berlaku dekat dengan aku.

Sebagai contoh, aku mimpi kelibat hitam dan besar melintasi sebuah gurun dan menerkam sesuatu. Kemudian, esoknya ada WhatsApp masuk-- "Ada budak kena rasuk dekat area belakang surau!". Dan bila siasat apa semua, dia kena kacau dengan satu makhluk besar dan hitam dekat kawasan tandus belakang Zon C di mana tempat tu memang belum diteroka atau belum sampai fasa untuk pembinaan lagi.




Minggu tersebut, aku banyak bermimpi seakan sesuatu sedang meninggal nota misteri yang menjadi tanda tanya. Aku tak cerita dekat sesiapa sebab bagi aku, ia cuma sekadar mimpi dan mungkin secara kebtulan. Tak perlu untuk berkongsi pada sesiapa rasanya masa ini.

Satu mimpi melintas laju saat mata aku nak terlelap petang tu. Satu senyuman daripada sudut sebuah bilik di satu tingkat paling tinggi melihat seseorang. Aku cuba untuk selamatkan dia tapi sebaliknya aku diterkam.

"Kau okay ke?" soal Naim.
"Haa?"
"Kau macam terkejut."
"T-takde apa-apalah."

Malam itu, Buff panggil aku ke level tiga (level paling atas di Kolej Tun Perak). Kekwa, nama samaran pelajar Pra-Diploma ni, dikatakan kena kacau dan secara tiba-tiba dia mendiamkan diri dan terkaku lemah di atas katil.



Sebaik sahaja aku melangkah masuk dalam bilik tersebut, satu udara terhembus dari luar. Aku menelan liur lalu terus berada di sebelah Buff. Perlu ke aku cakap ada sesuatu berada di bucu dinding tersebut atau aku perlu diam je? Masing-masing terkumat-kamit membaca sesuatu di mulut. Dari kerusi yang aku duduk, satu tenungan sinis di luar tingkap mula mengintai mesra. Aku berpaling dan melihat siapakan gerangan yang berada di luar tingkap level tiga itu.

Tapi dia melarikan diri dari dilihat.

Rujuk muka surat 151.

Beberapa hari selepasnya, malam itu aku terjaga. Mimpi kali ini memang sangat-sangat berlainan daripada yang sebelum-sebelum ini. Sebaik aku membuka mata dan dalam samar-samar cahaya suram dalam bilik, aku mula terjegil mata sedikit.



Aku terlampau terkejut waktu itu. Bila nak menjerit atau bersuara, memang tak dapat langsung keluar kata-kata. Cuma yang boleh aku buat adalah menggerakkan sedikit tubuh. Lalu apa yang aku boleh buat hanyalah dengan mencapai phone aku.

Ini satu petanda. Dia muncul kembali.

Wednesday 1 January 2014

Bebaan Terpikul

Minggu Taaruf Kolej Tun Perak Disember 2013

Rollcall pertama

Perlawanan Futsal

Perlawanan Futsal 

Night of Talent

Gotong Royong Perdana & Sukaneka

Gotong Royong Perdana & Sukaneka

#KemuncakTaarufTPK - Persembahan Mantan JPK TPK

#KemuncakTaarufTPK

Anugerah Kecemerlangan Persatuan & Kolej (AKPK) 2013




Citrawarna 4





Tatatertib UiTM (Stated in the book)