DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 19 June 2014

Monday 9 June 2014

MDS Lendu 1

UPDATE: Perkara ini pernah menjadi viral dan beberapa perkara lagi yang orang tak faham. Tak berada dekat tempat yang sebetulnya. Serta untuk batch MDS Jun - Oktober 2014 ini, diorang dah pun bergraduasi pada 21/10 di Konvokesyen ke 87 UiTM.

Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa (MDS) Lendu Jun - Oktober 2014

MDS adalah sebuah orientasi bagi setiap kampus di UiTM bagi pelajar Diploma, Pra-Diploma dan juga Asasi. Minggu ini merupakan minggu di mana proses pengenalan kampus, ceramah berkenaan kampus, pelajara, kursus serta pendaftaran kolej dan course berlangsung.

Buat pengetahuan sesiapa sahaja yang membaca ni, Pemimpin Mahasiswa atau PM akan bertungkus lumus menyiapkan kesemua perkara yang berlangsung di MDS dengan tenaga kerja yang sedikit untuk menjaga kemasukan pelajar baru yang ramai (800 ke 2000 orang). Kebiasaannya, Gerak Kerja MDS akan berlangsung seminggu lebih awal.

Perancangan bagi melancarkan segala perkara sepanjang MDS dirancang sendiri oleh PM iaitu terdiri daripada barisan pelajar di kampus tersebut jugak. Bekerja dari pukul 8 pagi hinggalah 12 malam semata untuk memastikan semua sempurna walaupun tidak.

Terdapat pelbagai biro di dalam PM. Setiap biro menjalankan tugas masing-masing mengikut skop yang telah diperincikan oleh pihak atasan. Kalau aku nak terangkan pun macam tak habis jadi baik aku terangkan biro aku je.

Aku berada dalam Biro Tugas-Tugas Khas (BTTK) di mana BTTK di Lendu lain daripada semua kampus UiTM di Malaysi.

Tugas kitorang adalah:

- Menyiapkan salinan-salinan penting setiap fail hijau pendaftaran pelajar sebanyak 2000 ke atas setiap sesi (siapa pelajar UiTM dia tahu fail hijau tu apa masa first day masuk UiTM)

- Menyusun fail hijau ke atas setiap kerusi yang berada di dewan.

- Mengisi starter kit pelajar yang terdiri daripada beg UiTM, selendang/tie UiTM, pen, landyard dan beberapa aksesori lain lagi.

- Menghantar semua starter kit ke setiap kolej.

- Merancang jadual sepanjang MDS berlangsung. Setiap waktu slot apa.

- Menyusun strategi pendaftaran pada hari pertama pendaftaran pelajar di kolej kediaman.

- Menentukan pakaian yang akan dipakai pelajar keesokan hari.

- Menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa setiap malam di setiap kolej kediaman berasingan.

- Bertanggungjawab mendaftarkan kesemua pelajar ke dalam sistem pada hari pendaftaran course bagi mendapatkan cop dan sebagainya.

- Serta banyak lagi perkara kami perlu lakukan demi melancarkan urusan pelajar di masa akan datang.


Pada MDS kali ini, aku banyak berkenalan dengan pelajar dan orang baru. Waktu ini aku ditugaskan untuk menjaga Kolej Tun Putih di mana kolej ni merupakan kolej perempuan pada asalnya dan baru ditukarkan kepada kolej lelaki.

Batch kali ni kenal aku dengan tagline "Hati Kena Sado" which masa ni ramai gila datang jumpa aku tanya macam mana nak quit daripada UiTM. Aku nasihatkan diorang untuk stay sampai masuk kelas terlebih dahulu. Dan akhirnya diorang dengar nasihat aku.

Antara orang yang paling aku ingat siapa dia budak ni adalah dia adik kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Hakeem Roshdi

Banyak pengalaman sebenarnya jaga MDS kali ni.

Tag PM

BTTK & Starter Kit

Agihan Starter Kit