DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Saturday 29 November 2014

Dang Anum

Bagi penempatan kolej PM lelaki kali ini di Kolej Dang Anum. Kolej ni dia berhampiran Masjid Al-Hikmah. Dan berhampiran dengan Tasik Tun Fatimah.

Dipendekkan cerita, daripada hari pertama kau dekat kolej tu, aku mula perasaan ada satu kelibat perempuan suka berdiri dekat tangga level 2. Setiap malam dia akan berdiri dekat situ. Dan dekat situ jugak kawasan orang lalu lalang lepas balik daripada masjid.

Dia tak buat apa-apa, cuma berdiri dekat situ dan memerhati je.


Aku segera bertanyakan pada DS, classmate aku which dia merupakan YDP Kolej Dang Anum (kolej perempuan) dan juga salah seorang daripada PM. Untuk tidak buat dia rasa cuak atau apa, aku cuma tanya secara bersahaja. Risau kalau macam makin worse atau apa-apa lain perkara lain lagi.

"DS, aku nak tanya kau boleh?"
"Apa dia Blue?"
"Haa dekat kolej kau kan, yang tempat kitorang stay ni... Hm... dia macam ada apa-apa ke?"
"Apa-apa maksud kau tu apa?"
"Sesuatu?"
"Sesuatu yang macam mana?"
"Okay macam ni. Aku hari-hari nampak ada seorang perempuan duduk dekat tangga level 2. Dia dekat situ berdiri je. Tak buat apa-apa. Berdiri je dekat situ saban malam."
"Perempuan eh?"
"Haah."
"Secara terus terangnya, ada orang yang datang berubat cakap memang ada and apa yang kau cakap dekat tempa mana tu, memang ada dekat situ. So, kau salah seorang yang dia nak kau nampak dialah maknanya."
"DS, dekat belakang kau sekarang pun aku boleh nampak."
"Erk"

Disebabkan nak mengelakkan sesuatu yang tak enak berlaku, aku beritahu Syawal selaku Penghulu (Ketua) PM kali ni. Satu perjumpaan ringkas antara PM lelaki diadakan untuk memberitahu mengenai ni. Diorang diberi amaran untuk lebih berhati-hati.

"Boleh aku tahu kenapa kau dekat sini?"
"..."
"Dah berapa lama?"
"..."
"Kau per--"
"Woi Blue cakap dengan siapa?"
"Hah? Haa takde siapa-siapa."

Aku cepat-cepat beredar daripada tangga tersebut lepas salah seorang daripada PM, Eqmal, menegur. 

Friday 28 November 2014

MDS Lendu 2

Minggu Destini Siswa (MDS) Lendu Disember 2014 - April 2015

In Biro Tugas-Tugas Khas again.