DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Wednesday 19 August 2015

7 Perkampungan

Di Lendu, kebanyakannya terdapat beberapa panggilan-- 3 Dewa, 3 Kayangan, 3 Dang dan beberapa lagi. Kolej Kasturi merupakan salah sebuah kolej di 3 Kayangan. Mengapa antara nama-nama kolej tersebut mendapat jolokan adalah kerana kedudukan mereka serta pengaruh nama kolej atau pun yang terhebat di antara semua.

Berhampiran dengan Kolej Kasturi terdapat sebuah tangki utama yang tertinggi di sekitar kawasan kampus Lendu sebelum tertubuhnya Kolej Tun Sabariah. Tersimpan beberapa cerita yang tidak dibongkarkan-- tersimpan rapi bagi tidak mengejutkan sesuatu yang 'tidur' dan tidak mencelarukan suasana.

Di situ, tersingkap 7 Perkampungan yang tidak jelas di mata. Merentasi ke sebuah tempat yang asing. 

Tuesday 18 August 2015

Perjanjian Yang Termaktub

Cerita ini diringkaskan.

Lendu merupakan sebuah tempat yang menjadi perteduhan sesuatu sejak dari dulu lagi. Oleh kerana pembangunan telah menapak di sini, maka banyak di antaranya mula berasa sesat dan di ganggu rumah mereka.

Gempar seluruh pelusuk kampus Lendu apabila hujan dan ribut mula membadai di sana tanpa henti dan malam itu terasa sangat berbeza sekali daripada biasa-biasanya. Ada yang telah membongkar rahsia. Ada yang telah memecah perjanjian.

Di Lendu terkenal 3 sahabat iaitu Gotam (Ketua Polis Bantuan UiTM Lendu), Datuk Mizan (Rektor UiTM Lendu) dan Ustaz. Dipendekkan cerita, pelbagai perjanjian dikatakan telah mereka lakukan demi mencapai keamanan di Lendu. Mereka bertigalah yang sering menentang dunia kebatilan yang menentang kebenaran di Lendu sejak beberapa tahun sebelum ini. 

Malang tidak berbau, Ustaz tersebut meninggal terlebih dahulu. Datuk Mizan telah berpindah ke sebuah universiti Islam di Selangor manakala Gotam berpindah ke UiTM Penang. Maka, disebabkan satu persatu pengunduran berlaku dan mulalah pemberontakan semula.

 'Mereka' kini berleluasa di sana bagi mencari yang seterusnya.

Sunday 26 April 2015

An Update

Aku rasa macam nak menceritakan balik pasal semua yang berkait dengan aku sepanjang dekat Lendu. Dan membongkar sendiri pasal 'mereka' dekat dalam blog ni.

- Bertubuh besar dan berbulu.
- Budak perempuan kecil dan penjaga.
- Kelibat yang selalu dekat tingkap tu.
- Perempuan rambut panjang.
- Lelaki tua.
- Puteri 7 Perkampungan

Dan bermacam benda lagi aku nak senaraikan pasal 'diorang'. But I guess, tak payahlah. Cukuplah apa yang berlaku hari tu. Aku nak buang semua.

Thursday 23 April 2015

Diari Yang Hilang

Kebiasaannya, aku akan print diari-diari aku untuk dijadikan simpanan dalam bentuk fizikal serta mencantumkan beberapa lagi yang ditulis pakai tangan. Begitu juga dengan yang satu ini. Segala memori kenangan aku dikumpul di dalam satu fail khas, samada dalam bentuk cetak atau bertulis tangan. Catatan ini semua ditandakan dengan satu perkataan di hadapannya — LENDU.

Aku tersenyum melihat semuanya seakan lengkap bagai sebuah manuskrip untuk dibacakan dan aku mengambil keputusan untuk membuangnya. Ya, itulah keputusan aku. Aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku kena buang dia.

Kesemua perbualan antara ‘kitorang’ ada tercatat dalam tu termasuk di ruangan online. Disebabkan bagi aku yang berbentuk fizikal ini lebih mengerikan untuk dibawa bersama, jadi aku memilih teguh untuk membuangnya. Aku tahu, orang akan cakap aku bodoh dah kumpul, kemudian tiba-tiba nak buang.

Kau tak melalui mimpi aku.

Tapi tahu apa yang berlaku? Setiap kali aku cuba untuk buang dia, entah macam mana semua catatan tu kembali balik dalam keadaan asal. Aku dah buang banyak kali. Sebaik je aku sampai dekat bilik, dia ada balik dekat atas meja.

“Hm Kecik, aku dah buang kan benda ni?”

Kecik memandang tepat pada mata aku. Satu perbualan tidak nyata melalui pandangan berlaku.

“Kau selalu buang dekat mana?”
“Dekat tong sampah besar dekat bawah sana lah.”

Sepanjang minggu aku cuba untuk membuang semua tu dan setiap kali itulah dia muncul elok kembali dekat atas meja aku.

Kali ni aku dah bertekad, aku akan tinggalkan je dekat atas meja ni tak kiralah siapa pun yang jumpa. Dan aku selitkan sebuah nota padanya.

"Kalau aku tinggal macam ni okay tak?"
"Kau pasti dia tiba-tiba ada dalam kotak kau pulak nanti or anything else jadi?"
"Aku dah puas fikir dah. Ini je cara dia rasanya."
“Okay kali ni, kau cuba separates kan semua. Tak payah ikut turutan ke apa and make sure jangan buang dekat satu tempat. Buang tempat berasingan ke?”

Dan seperti yang dicadangkan, dalam keadaan yang tidak ada masa aku cuma pecahkan ke beberapa bahagian secara rawak dan berlari segera ke beberapa tempat pembuangan sampah sekitar Zon C. Macam tak masuk akal pun ada tapi kalau betul menjadi, baguslah!

Phone berdering, “Hello, haa weh kenapa?”

“Lah kau kata nak jumpa tadi.”

“Eh haah aku lupa. Kau pergi terus ke bilik aku dulu. Aku nak settle kan kerja sikit. Nanti aku balik bilik. Oh Eqmal, satu lagi. Bilik kitorang tak berkunci tu actually, masuk je kalau dah sampai.”

“Okay. Apa-apa kau roger lah.”

Bahagian terakhir catatan yang diasingkan ini aku genggam sedikit. Nombor muka surat yang berada di bawahnya aku pandang. Beberapa kali aku fikir adakah percaturan kali ini adalah yang terakhir kalinya?

“Please lah jangan datang balik. Kalau kau balik semula entahlah aku nak cakap apa. Biar cleaner je lah yang settle kan kau.”

Lalu, aku buang bahagian terakhir tersebut. Phone berdering sekali lagi.

"Blue, aku gerak balik kolej aku dulu. Ada hal kejaplah."

Aku nampak kelibat kereta dia laju meluncur melalui Kolej Tun Ali.

"Dia ni ada hal apa pulak."

Dan sebaik sahaja aku buka pintu, benda ni memang memeranjatkan aku. Bahagian terakhir tu ada dekat atas meja lagi. Serta ada yang tercicir di bahagian lain. Persoalannya sekarang, ke mana perginya bahagian yang lain? Kenapa dia tak muncul atas meja aku balik macam yang ni?

Sunday 19 April 2015

Bye, Lendu-mate.

Penantian dan perjalanan di Lendu bakal tiba pada garis penghujung. Maka, tiada lagi mimpi-mimpi ngeri, tiada lagi susuk-susuk yang biasa memberati tubuh aku, tiada lagi roh tidak berjasad di sini untuk aku bertemu dan tiada lagi kisah-kisah silam yang bakal dibongkarkan.

Satu demi satu warga TPK meninggalkan kolej ini. Dari tingkap bilik aku, ramai di bawah sedang berpelukan antara satu sama lain. Tatapan mata yang terakhir kalinya. Jabat tangan yang penghujungnya. Jikalau masih hayat dikandung badan, maka bertemu semula.

Aku menarik nafas panjang. Tak sangka, semua akan berakhir dalam sekelip mata. How I wish my diploma end faster, years ago. Tetapi hari ini, aku nak masa berjalan dengan lambat. Takut untuk melepaskan semua kenangan yang ada dekat sini.

“Kau dah siap packing banyak barang ke?” Kecik mengetuk kesunyian aku.

“Belum habis lagi. Tak tahu nak mula dari mana bila dah punggah and pack kecik-kecik ni.”

“Samalah. Rasa macam malas nak pack semua benda.”

Kitorang berdua berbual kosong. Mengenang beberapa memori lepas yang sedang bermain di ingatan.

"Apa plan kau lepas ni?"
"Entahlah. Aku ingat nak buang semua benda tu..." menunjuk ke arah catatan di atas meja.
"Dia kacau lagi teruk ke?"
"Haah. Aku rasa, kalau aku simpan versi fizikal tu mesti lagi teruk dan seolah macam aku bawak dia balik sekali. Biar dia tinggal dekat sini."

Tangan bergerak sambil mulut sibuk berborak. Apek (@nasyrulhanif) masuk ke bilik seperti biasa. One of our junior yang memang rapat gila dengan kitorang. Banyak benda yang kitorang lalui sepanjang semester ni bersama. Selain daripada tu, Muhsin (@muhsinhakim) antara yang selalu lepak dekat bilik kitorang dan buat konsert macam taraf international, walaupun itu hanya angan-angan. Tak lupa jugak Amie (@syahmieazman) yang selalu datang bilik aku untuk ajarkan Flash.

Terassa sebak sedikit bila mengenangkan hari yang bakal tiba dan aku gusarkan itu sudah semakin hampir.

"Semua benda tu nak apa?"

Friday 17 April 2015

Mesej 2

Muka surat 156.

Catatan tu terganggu masa aku tinggalkan dia. Perkataan misteri. Cantumkan perkataan melalui huruf yang bold dalam sejumlah gangguan.






Kemudian, 7 baris dari bawah. muka surat 156.

Dan satu kata-kata atau puisi yang pada asalnya dalam renyukan kertas lama ditinggalkan di atas meja aku pada satu hari ni. Aku sempat salin itu je. Dalam muka surat 158.

Monday 23 March 2015

The Purge: Kolej (TPK)

Beberapa hari lagi, study week bakal bermula. Semua pelajar akan pulang ke rumah kebiasaannya bagi menikmati satu minggu yang sangat bermakna untuk berparti sebelum berperang bagi final exam. Tapi ada jugak yang macam aku, akan duduk dekat kolej je selama seminggu ni.

Masuk hari Jumaat malam Sabtu, kitorang plan untuk bermain satu game. Tak ramai yang ada dekat kolej waktu itu. Plan dia adalah untuk kumpulkan semua yang ada dekat dalam kolej dekat bawah dan menutup suis elektrik utama.

"Perhatian kepada semua warga Kolej Tun Perak yang masih berada di dalam bilik, sila turun dengan kadar segera. Permainan penyingkiran bakal bermula sebentar sahaja lagi. Dalam kiraan 3... 2... 1..."

Dan bunyi ini diperdengarkan melalui speaker utama kolej:




Kedengaran beberapa orang mula berlari-lari di tangga. Hingar mula membingitkan suasana. Ada yang masih bingung dengan apa yang berlaku ketika itu. Aku dan Kecik berpaling satu sama lain dan kami tersenyum.

"Untuk pengetahuan semua, malam ini merupakan The Purge: Kolej (TPK). Suka atau pun tidak, korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap daripada korang akan dihantar ke kolej semula dan ditutup mata. Kemudian, akan diletakkan di beberapa tempat. Cari jalan keluar, nikmati kegelapan dan selamat maju jaya."

Kumpulan pertama di hantar ke dalam kolej. Beberapa orang telah berada di tempat masing-masing. Videographer juga telah mengambil posisi mereka.

Laungan pertama mula kedengaran dari level 3. Jeritan demi jeritan bergema di kolej yang sepi ini. Semua yang ada dekat bawah tidak tahu apa yang ada dekat atas dan bagaimana situasi mereka.

Seorang dapat loloskan diri. Tubuh dia berkeringat.

"Impressive. 15 minit je."
"Too bad..."

Satu kelibat melintasi dia dan menariknya dengan laju ke dalam gelap semula. Semua yang ada dekat situ terkejut. 

Siren kedua dibunyikan. Sayangnya, tak ada yang terselamat. Kumpulan yang seterusnya bersedia. Mereka semua kelihatan berbisik antara satu sama lain-- mungkin menyusun strategi.

"Misi kali ni berubah. Bukan sahaja perlu selamatkan diri, tapi cari kawan-kawan korang yang hilang tadi. May the best win."

Masa bergerak dengan pantas tanpa mempedulikan apa yang kami sedang lakukan. Satu kumpulan lagi yang tinggal sebelum semua permainan ini akan berakhir. Masih belum nampak lagi kelibat sesiapa yang berjaya keluar daripada kolej. Cuma terdengar bahasa isyarat masing-masing memanggil antara satu sama lain.

"SATU!"

Jeritan isyarat kedengaran.

"Rasanya diorang boleh bawak semua turun ke?"
"Dalam masa kurang 5 minit ni?"
"Haha kau nak naik ke?"
"Tak naklah. Kau nak naik ke lepas ni?"
"Come on Kecik, JPK and seki kita yang lain dekat atas jugak. Diorang semua tak tahu siapa."

Dua orang budak berlari ke arah kami. Diorang termengah. Baki budak yang lain semua memerhati dalam keadaan cemas. Kitorang berdua berdiri semula.

"Kitorang tak jumpa apa-apa."
"Too b--"
"Tak. Actually kitorang dah dapat someone. Kitorang dah suruh dia jalan dulu. Tiba-tiba dalam gelap tu dia hilang."

And we look at each others.

"Korang duduk dekat sana."
"Kecik aku naik dengan team yang ketiga."
"Nak contact diorang kat dalam tak?"
"Haa... bol-- Oh shit. Kita kan dah matikan semua phone diorang tadi and letak dekat bilik gerakan. Okay takpe. Kau standby dekat sini dengan dua orang tu."
"Okay."
"Korang empat orang ikut aku. Sekarang, dapatkan semua orang. Kumpulkan dan bawak dengan korang. Termasuk tukang kacau which is your JPK or seki. The plan is dua orang tangga wing kanan, dua orang tangga wing belah kiri. Bermula dengan level paling atas. Bertemu dekat tangga tengah dan baru turun level seterusnya. Sampai dekat bawah, selagi tak cukup orang, naik balik. Get it?"

Aku sendiri tak tahu apa yang ada dekat atas sebab perancangan semua sendiri-sendiri. Evolusi perancangan mengikut keadaan semasa dan kehendak masing-masing. Apa yang kitorang berdua dekat bawah tahu adalah susun budak dan bagi task dekat kumpulan. Kesemua yang ada sedang melalui The Purge: Kolej ni pun tak tahu apa arahan dan keadaan yang berlaku. 

Dan pergerakan bermula.

Melalui tangga tengah, aku lebih cepat untuk sampai dekat level paling atas-- di mana dekat situ titik perpisahan yang dirancangkan oleh diorang tadi berlaku.

Seseorang berlari di level satu ke wing sebelah. Dalam keadaan yang gelap dan tidak bercahaya, tidak dapat meneka siapa gerangan tu. Jadi aku cuma berandaian, dekat level satu ada orang. So, tak boleh skip level ni. Perancangan berubah ke? Kata semua akan ke level paling atas last round ni.

Aku meneruskan perjalanan ke level dua dan keti...

"Siapa tu?"

Dia duduk dekat situ. Cahaya suram malam tidak membantu langsung.

"Hm hm hm hm hm hm hm..."
"Tak payah nak ber-hm nyanyi lagi tradisional lah."

Figura dia makin jelas bila aku sampai dekat tangga paling atas sekali. Dia duduk bersimpuh dan membongkok ditutupi rambut mengurainya ke bawah. Kepalanya dipusingkan ke sebelah kiri sedikit dan dia mula mengeluarkan bunyi senyuman.

Aku mengundur satu langkah ke belakang. Okay sekarang ni aku nak kena buat apa. Nak patah balik ke bawah atau terus je ke bilik-bilik yang diorang kumpulkan budak ni. Okay patah balik. This is not a great idea to lintas that thing.

"Oh fuck! KAU BUAT APA DEKAT SINI?!"




Benda tu berdiri betul dekat tangga-- jalan untuk aku turun ke bawah. Cuma aku boleh melepasi cari orang lain adalah dengan cara lalu dekat sebelah laluan nenek tua yang tengah duduk dekat situ. Itu je. Fuck

"Nak main?"

Okay aku memang kena naik cepat. Dan pada masa aku melintasi nenek tua yang berada di sebelah kaki aku ni, diorang seakan sedang berkata sesuatu. Aku memilih untuk tidak berpaling tapi apa kan daya, gerakan secara tidak langsung menyebabkan aku tertoleh kembali. And they speak...

Thursday 19 March 2015

Wanita Berambut Panjang

​Beberapa hari yang lepas, berlaku sesuatu yang tak diingini. Seolah-olah angin mula memberitahu tentang kehadiran mereka. Dalam kata lain, menyeru aku untuk bingkas bangun.

Pintu terbuka dengan sendiri sekitar jam 3 pagi itu. Cahaya dari luar bilik memasuki ruang dalam tanpa segan silunya. Lalu, satu kelibat laju melintasi hadapan bilik aku di TPK211.

Aku mula menelan liur.

“Nak ikut atau duduk dekat sini?”





Satu suara halus membisik di tepi telinga aku supaya terus mengikut dia. Maka, dengan rasa yang kosong, aku bangun dan terus menuju ke sebuah arah. Kelibat tadi masih lagi berdiri beberapa langkah di hadapan aku-- perlahan berjalan dalam gerakan bayangnya. Dia langsung tidak menoleh ke arah aku.

“K-kenapa kau panggil aku?”

Dia berhenti. Masih lagi tidak menoleh. Tiba-tiba, dalam kegelapan yang menyelubungi dia, tangannya menunjuk ke arah kanan dari tempat kami berada. Aku menoleh ke arah tersebut dan mata aku mula terbeliak melihat keadaan yang berada di situ. Aku terundur ke belakang. Terlalu mengerikan untuk aku beritahu. Kenapa aku?

Aku mula berasa sejuk. Sekali lagi, dia meneruskan perjalanan.

Dan aku tersedar.

Katil kitorang berdua berada berhampiran dengan tingkap. Aku tak berganjak apabila terasa seakan ada sesuatu yang sedang mengerumuni dan menjalar di luar tingkap. Kecik masih nyenyak tidur tidak berganjak dari lenanya. Aku kena kuat sebagaimana yang telah termaktub sebelum ini.



Ada sesuatu yang sedang memerlukan untuk diterjemahkan keadaan ini.