DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Saturday 29 November 2014

Dang Anum

Bagi penempatan kolej PM lelaki kali ini di Kolej Dang Anum. Kolej ni dia berhampiran Masjid Al-Hikmah. Dan berhampiran dengan Tasik Tun Fatimah.

Dipendekkan cerita, daripada hari pertama kau dekat kolej tu, aku mula perasaan ada satu kelibat perempuan suka berdiri dekat tangga level 2. Setiap malam dia akan berdiri dekat situ. Dan dekat situ jugak kawasan orang lalu lalang lepas balik daripada masjid.

Dia tak buat apa-apa, cuma berdiri dekat situ dan memerhati je.


Aku segera bertanyakan pada DS, classmate aku which dia merupakan YDP Kolej Dang Anum (kolej perempuan) dan juga salah seorang daripada PM. Untuk tidak buat dia rasa cuak atau apa, aku cuma tanya secara bersahaja. Risau kalau macam makin worse atau apa-apa lain perkara lain lagi.

"DS, aku nak tanya kau boleh?"
"Apa dia Blue?"
"Haa dekat kolej kau kan, yang tempat kitorang stay ni... Hm... dia macam ada apa-apa ke?"
"Apa-apa maksud kau tu apa?"
"Sesuatu?"
"Sesuatu yang macam mana?"
"Okay macam ni. Aku hari-hari nampak ada seorang perempuan duduk dekat tangga level 2. Dia dekat situ berdiri je. Tak buat apa-apa. Berdiri je dekat situ saban malam."
"Perempuan eh?"
"Haah."
"Secara terus terangnya, ada orang yang datang berubat cakap memang ada and apa yang kau cakap dekat tempa mana tu, memang ada dekat situ. So, kau salah seorang yang dia nak kau nampak dialah maknanya."
"DS, dekat belakang kau sekarang pun aku boleh nampak."
"Erk"

Disebabkan nak mengelakkan sesuatu yang tak enak berlaku, aku beritahu Syawal selaku Penghulu (Ketua) PM kali ni. Satu perjumpaan ringkas antara PM lelaki diadakan untuk memberitahu mengenai ni. Diorang diberi amaran untuk lebih berhati-hati.

"Boleh aku tahu kenapa kau dekat sini?"
"..."
"Dah berapa lama?"
"..."
"Kau per--"
"Woi Blue cakap dengan siapa?"
"Hah? Haa takde siapa-siapa."

Aku cepat-cepat beredar daripada tangga tersebut lepas salah seorang daripada PM, Eqmal, menegur. 

Friday 28 November 2014

MDS Lendu 2

Minggu Destini Siswa (MDS) Lendu Disember 2014 - April 2015

In Biro Tugas-Tugas Khas again.

















Thursday 18 September 2014

Peralihan Takhta

Annual General Meeting & Dinner Kolej Tun Perak 2014

Akhirnya, kitorang lepaskan jawatan jugak. Walaupun banyak gila drama yang berlaku dalam ni sebelum majlis bermula.

Asalnya Anep (@brgsjks) adalah calon YDP yang memang dah confirm. NYDP adalah Adib. Dan begitulah susunan yang lainnya. Tapi sejam sebelum bermula majlis dan keputusan senarai JPK baru, Residence Staff kitorang mintak senarai JPK baru dan merombak semula sendiri dengan berkeras hati tak nak ikut line up kitorang. Maka, kejutan yang tak terduga berlaku lagi.


24 JPK - 12 lama, 12 baru.

JPK Kebudayaan


JPK Kebersihan & Keceriaan

JPK Keusahawanan

JPK Kerohanian

JPK Publisiti

JPK Kebajikan

JPK Disiplin

Bendahari Kehormat

Setiausaha Agong

Naib Yang Di-Pertua

Yang Di-Pertua


Monday 9 June 2014

MDS Lendu 1

UPDATE: Perkara ini pernah menjadi viral dan beberapa perkara lagi yang orang tak faham. Tak berada dekat tempat yang sebetulnya. Serta untuk batch MDS Jun - Oktober 2014 ini, diorang dah pun bergraduasi pada 21/10 di Konvokesyen ke 87 UiTM.

Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa (MDS) Lendu Jun - Oktober 2014

MDS adalah sebuah orientasi bagi setiap kampus di UiTM bagi pelajar Diploma, Pra-Diploma dan juga Asasi. Minggu ini merupakan minggu di mana proses pengenalan kampus, ceramah berkenaan kampus, pelajara, kursus serta pendaftaran kolej dan course berlangsung.

Buat pengetahuan sesiapa sahaja yang membaca ni, Pemimpin Mahasiswa atau PM akan bertungkus lumus menyiapkan kesemua perkara yang berlangsung di MDS dengan tenaga kerja yang sedikit untuk menjaga kemasukan pelajar baru yang ramai (800 ke 2000 orang). Kebiasaannya, Gerak Kerja MDS akan berlangsung seminggu lebih awal.

Perancangan bagi melancarkan segala perkara sepanjang MDS dirancang sendiri oleh PM iaitu terdiri daripada barisan pelajar di kampus tersebut jugak. Bekerja dari pukul 8 pagi hinggalah 12 malam semata untuk memastikan semua sempurna walaupun tidak.

Terdapat pelbagai biro di dalam PM. Setiap biro menjalankan tugas masing-masing mengikut skop yang telah diperincikan oleh pihak atasan. Kalau aku nak terangkan pun macam tak habis jadi baik aku terangkan biro aku je.

Aku berada dalam Biro Tugas-Tugas Khas (BTTK) di mana BTTK di Lendu lain daripada semua kampus UiTM di Malaysi.

Tugas kitorang adalah:

- Menyiapkan salinan-salinan penting setiap fail hijau pendaftaran pelajar sebanyak 2000 ke atas setiap sesi (siapa pelajar UiTM dia tahu fail hijau tu apa masa first day masuk UiTM)

- Menyusun fail hijau ke atas setiap kerusi yang berada di dewan.

- Mengisi starter kit pelajar yang terdiri daripada beg UiTM, selendang/tie UiTM, pen, landyard dan beberapa aksesori lain lagi.

- Menghantar semua starter kit ke setiap kolej.

- Merancang jadual sepanjang MDS berlangsung. Setiap waktu slot apa.

- Menyusun strategi pendaftaran pada hari pertama pendaftaran pelajar di kolej kediaman.

- Menentukan pakaian yang akan dipakai pelajar keesokan hari.

- Menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa setiap malam di setiap kolej kediaman berasingan.

- Bertanggungjawab mendaftarkan kesemua pelajar ke dalam sistem pada hari pendaftaran course bagi mendapatkan cop dan sebagainya.

- Serta banyak lagi perkara kami perlu lakukan demi melancarkan urusan pelajar di masa akan datang.


Pada MDS kali ini, aku banyak berkenalan dengan pelajar dan orang baru. Waktu ini aku ditugaskan untuk menjaga Kolej Tun Putih di mana kolej ni merupakan kolej perempuan pada asalnya dan baru ditukarkan kepada kolej lelaki.

Batch kali ni kenal aku dengan tagline "Hati Kena Sado" which masa ni ramai gila datang jumpa aku tanya macam mana nak quit daripada UiTM. Aku nasihatkan diorang untuk stay sampai masuk kelas terlebih dahulu. Dan akhirnya diorang dengar nasihat aku.

Antara orang yang paling aku ingat siapa dia budak ni adalah dia adik kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Hakeem Roshdi

Banyak pengalaman sebenarnya jaga MDS kali ni.

Tag PM

BTTK & Starter Kit

Agihan Starter Kit



Friday 7 February 2014

Mesej 1

Rujuk muka surat 155 dalam catatan aku.

Lelaki tua tu berpaling dan tersenyum. Dia kembali lagi.





Muka aku tak dapat gambarkan dengan mata kasar dan dijelaskan dengan lorekan sedikit pun. Cuma wajah dia sangat tua, kedutnya dia macam dari tanah yang dah merekah, mata hitam dia sangat hitam. Keadaan dia sangat tak terurus di sebalik kain lusuh hitam kelabu dia tu. Mengurai bersama rambut serta jambang putih tersebut. Dia memandang tepat ke arah aku seakan bercakap dengan kau pembaca ni, "Aku datang kepadamu. Jangan toleh tempat lain selain dari sini." Tapi dia sekarang ada dekat depan kau.

Kelibat wanita yang mencangkung di atas kereta Staria Neo Oren pula menyeringai.




Rujuk muka surat 160 perenggan terakhir.





Rujuk muka surat 166.





Friday 24 January 2014

Dia Muncul

Pagi itu, aku ke kelas seperti biasa dan seakan macam dah lali dengan setiap tugasan yang dipikul. Rasa keterujaan mula pudar dalam hidup aku. Itu nak kena hadap, ini nak kena hadap. Ada masa-masa aku rasa macam "Ah dah malas nak fikir" tapi ada masa-masa aku "Kau nak kan ni, hadap lah".

Kebelakangan ni jugak, banyak kali mimpi yang bukan-bukan. Mungkin mainan tidur atau apa sahajalah. Aku tahu, dia tak ada kena mengena dengan kehidupan di sebelah nyata. Tapi, bila aku termimpi sesuatu perkara tu, mesti ada benda yang tengah berlaku dan akan berlaku dekat dengan aku.

Sebagai contoh, aku mimpi kelibat hitam dan besar melintasi sebuah gurun dan menerkam sesuatu. Kemudian, esoknya ada WhatsApp masuk-- "Ada budak kena rasuk dekat area belakang surau!". Dan bila siasat apa semua, dia kena kacau dengan satu makhluk besar dan hitam dekat kawasan tandus belakang Zon C di mana tempat tu memang belum diteroka atau belum sampai fasa untuk pembinaan lagi.




Minggu tersebut, aku banyak bermimpi seakan sesuatu sedang meninggal nota misteri yang menjadi tanda tanya. Aku tak cerita dekat sesiapa sebab bagi aku, ia cuma sekadar mimpi dan mungkin secara kebtulan. Tak perlu untuk berkongsi pada sesiapa rasanya masa ini.

Satu mimpi melintas laju saat mata aku nak terlelap petang tu. Satu senyuman daripada sudut sebuah bilik di satu tingkat paling tinggi melihat seseorang. Aku cuba untuk selamatkan dia tapi sebaliknya aku diterkam.

"Kau okay ke?" soal Naim.
"Haa?"
"Kau macam terkejut."
"T-takde apa-apalah."

Malam itu, Buff panggil aku ke level tiga (level paling atas di Kolej Tun Perak). Kekwa, nama samaran pelajar Pra-Diploma ni, dikatakan kena kacau dan secara tiba-tiba dia mendiamkan diri dan terkaku lemah di atas katil.



Sebaik sahaja aku melangkah masuk dalam bilik tersebut, satu udara terhembus dari luar. Aku menelan liur lalu terus berada di sebelah Buff. Perlu ke aku cakap ada sesuatu berada di bucu dinding tersebut atau aku perlu diam je? Masing-masing terkumat-kamit membaca sesuatu di mulut. Dari kerusi yang aku duduk, satu tenungan sinis di luar tingkap mula mengintai mesra. Aku berpaling dan melihat siapakan gerangan yang berada di luar tingkap level tiga itu.

Tapi dia melarikan diri dari dilihat.

Rujuk muka surat 151.

Beberapa hari selepasnya, malam itu aku terjaga. Mimpi kali ini memang sangat-sangat berlainan daripada yang sebelum-sebelum ini. Sebaik aku membuka mata dan dalam samar-samar cahaya suram dalam bilik, aku mula terjegil mata sedikit.



Aku terlampau terkejut waktu itu. Bila nak menjerit atau bersuara, memang tak dapat langsung keluar kata-kata. Cuma yang boleh aku buat adalah menggerakkan sedikit tubuh. Lalu apa yang aku boleh buat hanyalah dengan mencapai phone aku.

Ini satu petanda. Dia muncul kembali.

Wednesday 1 January 2014

Bebaan Terpikul

Minggu Taaruf Kolej Tun Perak Disember 2013

Rollcall pertama

Perlawanan Futsal

Perlawanan Futsal 

Night of Talent

Gotong Royong Perdana & Sukaneka

Gotong Royong Perdana & Sukaneka

#KemuncakTaarufTPK - Persembahan Mantan JPK TPK

#KemuncakTaarufTPK

Anugerah Kecemerlangan Persatuan & Kolej (AKPK) 2013




Citrawarna 4





Tatatertib UiTM (Stated in the book)