DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 22 November 2012

Team Kayak Karisma 2012

Hari ini, aku masih lagi macam tak dapat terima dengan kekalahan yang terpaksa aku hadapi masa final kayak Karisma 2012. Tinggal selangkah nak dapat medal, aku boleh kecundang. Bukan salah aku dengan Zai, tapi salah UiTM Johor tak reti main yang menyebabkan aku terkeluar dari landasan. It is so sad bila kau dah sampai final tapi disebabkan pasukan bodoh yang tak reti main boleh menyebabkan kau terkeluar. Final dah kot? Kau gila aku tak kecewa. Coach terus blah daripada tempat kitorang tu sampai tak bercakap. Betapa frustrated-nya dia dengan team aku.

Keadaan sangat berserabut agaknya sejak dua menjak ni.

Recap: (Rujuk muka surat 61 dalam catatan aku)

First day sampai dekat Lendu, kena pergi daftar dekat Unit Kolej Zon A terlebih dahulu. Selepas itu, baru kami semua akan diberikan tempat penginapan which is Kolej Tuah. Kitorang dapat duduk satu level and paling atas sekali. Memang tak ada atlet lain lagi kecuali kitorang. Mungkin pihak Unit Kolej dan Unit Sukan tak nak kitorang bercampur disebabkan senang nak arrange atau apa-apa je lah. Dapat tingkat paling atas pun jadilah, asalkan dapat tempat nak berehat.

"Kau tahu tak Blue?" Vee memulakan perbualan.
"Tahu apa?" jawab aku.
"Dengar cerita dekat level kita duduk sekarang ni dah satu semester tak ada orang duduk."
"So?"
"Biasanyalah, kan. Orang kata..."
"Memang pun apa yang kau bakal cakap tu. Tadi sebelum kita naik pun dah ada yang standby berdiri dekat tangga."

Vee terdiam dan beberapa ketika tergelak. Dia cuba melarikan topik perbualan antara kami. Kemudian, terus ajak ke dewan makan. Dewan Syahbandar merupakan dewan rasmi tempat semua atlet makan sepanjang minggu latihan intensif berlangsung.

Mengikut daripada apa yang pernah diceritakan, sebelum ni Dewan Syahbandar (yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu tempat makan dan hall beserta pentas) dibuka dan beroperasi sebagai dewan makan yang menjual makanan dan minuman bagi kolej di sekitar Zon A. But suddenly, sebelum sampai penghujung semester ni, diorang dah bungkus. Tak ada yang menjual lagi dekat situ.

Pertengahan semester yang lepas kecoh ada isu pukau dan beberapa kes lagi dekat situ. Ada yang kena pukau sampai sanggup keluar duit beratuslah apa. Macam-macam versi ada orang cerita sampaikan mana satu nak dengar pun tak pasti. Yang membuatkan percaya tu sebab bila dekat kolej, ada budak yang bercerita itu adalah kawan dia budak TESL kalau tak silap. Tak tahulah apa jadi nasib dengan budak perempuan tu. Kesian jugak.

Berbalik kepada latihan intensif semula, jadi sepanjang minggu ini selain daripada perlu berlatih macam tak ingat dunia tu, kitorang pun kena lebih mengenali team masing-masing. Nak kena rapatkan ukhwah dan bla bla bla.

Dalam team aku, kami ada 6 orang kesemuanya. Team single ada dua-- Vee and Hasbullah. Team double adadua-- aku and Zai dengan Bokhari and Mirun. Ada seorang lagi yang tak diundang pun, tapi entahlah kitorang macam terima jelah dia ada dekat situ as our simpanan untuk gantikan salah seorang daripada kami kalu tercedera ke apa. So kira 7 lah kan?

Kami agak rapatlah sepanjang dah beberapa hari dekat sini. Agak selesa dengan satu sama lain sampaikan Mirun yang sikit punya kasar tu dapat nama Mimi hahaha sebab tu dalam catatan aku letak Mi sahaja supaya dia tak terasa. 

Sepanjang latihan, banyaklah dugaan yang berlaku, seperti yang aku cakap dekat dalam catatan aku pada muka surat 63. Termasuklah dengan dapat result masa tu. Walaupun dapat 3.27, aku dah bersyukur.

Kami ada masalah dari segi chemistry between senior. Diorang cakap belakang to each others. Kitorang yang team double ni buat layan tak layan je sebab tahu, kalau layan lebih nanti training entah ke mana, ukhwahnya ke mana. Yang memecah belahkan situasi was pemain simpanan tu. Aku pun tak tahulah apa yang dia nak. Atau sebenarnya memang dia nakkan tempat salah seorang daripada Kayak single tapi malangnya coach pilih dia sebagai pemain simpanan je.

Maka, selepas seminggu latihan dan persiapan sudah pun dilakukan, kami atlet UiTM Melaka bertolak ke UiTM Shah Alam selaku tuan rumah untuk Karisma 2012. Sepatutnya Sabah yang jadi tuan rumah tapi memandangkan kalau buat dekat Sabah, mesti banyak cost, so buat je dekat Shah Alam.

Penempatan kami di Kolej Rafflesia 3, UiTM Puncak Alam. Kolej dia sangat memuaskan hati sebab sangat kondusif. Dah rasa macam tinggal dekat apartment. Satu rumah ada 3 bilik dan memuatkan 6 orang. Macam biasalah, mesti akan duduk dengan partner masing-masing.

Apa yyang terjadi, aku dengan Zai jarang bertekak atau bergaduh. Bok and Vee yang satu kolej dengan aku tahu macam mana perangai kitorang. Diorang tak pernah nampak kitorang gaduh atau berselisih faham sebelum ni. Entah macam mana, dah makin dekat dengan tournament, kitorang banyak gaduh. Ada je yang tak kena.

Of course, yang mengalah mestilah Zai. Lepastu keras kepala balik. Sampailah dekat hari pertandingan pun kami masih bertekak atas benda-benda kecil. Coach ada tegur yang jangan hilang fokus asyik bertekak je. But, itulah. Masa pusingna menentukan kedudukan dalam track sebelum final, aku suruh Zai fokus. Jangan bagi duduk last sebab susah nak kawal kayak. Dia degil cakap tak apa, duduk mana-mana pun sama je. Kami dapat duduk di track kedua terakhir dari 5 pasukan yang akan mara ke final.

Coach memang target kitorang boleh dapat medal. Sebab ikutkan dari corak permainan dari team lain, kitorang ada potensi. Coach memang letak harapan yang sangat tinggi untuk kami berdua. Apa yang terjadi, sebelum perlawanan, Zai boleh bersembang dengan kayak lawan from UiTM Johor macam kenalan rapat sangat. Padahal coach dah pesan jangan bersembang dengan team lawan masa dalam kayak.

Apa yang terjadi?

Masa tengah kayuh paddle, and kalau ikutkan kedudukan kami di tempat kedua selepas Shah Alam beberapa sentimeter sahaja. Tiba-tiba team Johor langgar kitorang punya kayak dan heret keluar daripada track. Secara automatik kitorang dah di kira terkeluar atau terbatal dengan team Johor. Tapi disebabkan pihak penganjur bagi peluang, kitorang boleh terus mengayuh.

Tahu tak macam mana susahnya nak kejar 3 team yang lain dah dekat depan jauhnya tu. Tapi dengan keadaan yang dah nak menitiskan air mata sambil terjerit bagi semangat, aku masih sedaya upaya bagi arahan dekat Zai. Dia yang kelam kabut tu sampai terketuk paddle dia dekat atas kepala aku. Malangnya, kami cuma dapat tempat keempat.

Pahit kan nak terima kenyataan. Tapi itulah yang perlu ditelan dan hadam. Kitorang kalah.


Dari kiri: Mirun (Mimi), pemain simpanan, Zai, a guy with no face (me) Bok and Apizz (penyokong katanya)