DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Sunday 1 July 2012

Dugaan

Beberapa minggu ni aku rasa sangat sesak. Teramat sangat. Bukan sebab ramai orang yang bersesak-sesak. Bukan sebab yang tak terjelaskan dengan penglihatan berlalu-lalang. Bukan sebab sesak nafas. Tapi sebab sesak tak cukup duit. Aku tak cukup duit sekarang. Macam mana aku nak buat pun aku tak tahu.

As I mentioned here before, in this blog, aku pernah kerja jadi cikgu yang tak berapa nak cikgu sangat tu dan beberapa kerja lain lagi untuk kumpul duit belanja. Itu pun tak bercukup sampai ke hari ni. Aku malu nak mintak dengan sesiapa lagi termasuklah family sendiri. Aku tak nak menyusahkan diorang. Aku tak tahu nak letak muka dekat mana kalau nak mintak duit lagi.

Ayah dan Abang Ngah akan bank ini RM50 dalam seminggu atau dua minggu sekali bergili-gilir. Aku bersyukur sebab boleh beli makanan dengan duit tu tapi RM50 tu tak cukup kadang-kadang nak survive sampai 10 - 14 hari kalau ikutkan. Paling lama aku boleh bertahan sepanjang 10 hari je setakat ni.

Sumpah, tak cukup kalau ikutkan nak berbelanja dekat sini. Aku rasa kena cari kerjalah. Sementara nak tunggu masuk duit PTPTN yang entah bila akan masuk. Call berjuta kali pun masih lagi cakap dalam proses dan sebagainya. Dugaan teruk sangat aku rasa ni. Ergh.

Aku lapar ni.

Hidup yang penuh dan teramat mencabar. Tuhan tolong aku.

No comments:

Post a Comment