DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Wednesday 18 September 2013

Annual General Meeting & Dinner Kolej Tun Perak 2013

Seperti tahun lepas, di mana kesemua sekretariat atau singkatannya seki kolej akan melalui proses saringan serta pemilihan siapa yang bakal memegang takhta JPK-- senarai kedua belasan. Setiap daripada kitorang akan mempamerkan kebolehan masing-masing bagi merebut gelaran yang diinginkan.

Tipulah kalau aku cakap ramai yang tak berimpikan untuk memegang jawatan Yang Di-Pertua Kolej Tun Perak. Terlalu ramai calon yang mempunyai kebolehan masing-masing untuk berada pada jawatan tersebut. Oh ya, Yang Di-Pertua (YDP) ni tugasnya adalah sperti seorang presiden atau dalam kata lain, dia merupakan ketua kepada sesebuah kolej.

Beberapa minggu lepas, kitorang semua ada interview dekat Unit Kolej Zon C di Kolej Tun Ali. Semua seki akan melalui proses ini. Sayangnya, ada di antara kami yang tak dapat hadir atau turut serta dalam sesi temuduga ni disebabkan beberapa perpindahan besar akan berlaku di seluruh UiTM. Penempatan kos/jurusan akan mengikut kampus bermula semester hadapan dan seterusnya. Jadi, budak-budak kos Actuary dan beberapa lagi akan berpindahan ke UiTM Seremban 3 kalau tak silap.

Dan minggu lepas, Buff WhatsApp aku untuk datang ke bilik dia. Aku berasa pelik sebab nada Buff sedikit berbeza. Pukul 2 petang, aku berada di hadapan bilik dia. Kami cuma bertiga di bilik-- aku, Buff selaku YDP semasa dan Hadi selaku JPK Kerohanian semasa.

"Siapa kau rasa sesuai jadi JPK yang ketiga belas?"
"Maksud kau, kau nak cari calon yang sesuai daipada pandangan aku?"
"Haah. Sebab JPK Tugas-tugas Khas ni akan tolong kau. So, kau nampak siapa di antara diorang semua ni boleh tolong kau?"
"Tolong aku?"
"Okay macam ni, aku nak letak kau as Setiausaha Kolej dan Hadi YDP Kolej..."

Aku bermenung seketika. Keputusan awal yang aku dah terima terlebih dahulu ini sedikit mengejutkan aku. Seperti yang telah diterangkan oleh Buff, 3 JPK lama (dari generasi dia) akan menyambung lagi jawatan untuk penggal yang seterusnya. Hadi, Ijam dan Syahiran. Ya, Raja Syahiran.

Petang itu jugak aku dah dapat tahu serba sedikit nama-nama yang akan naik jadi JPK baru. Wow, it is so complicated.

Waktu rollcall dijalankan, Pak Tam menyarankan beberapa orang calon sekretariat baru seperti Saufi/Penang (@saufikhwan), Naim/Cengkerik dan beberapa orang lain. Kebanyakan calon yang ingin melayakkan diri jadi seki kolej volunteer kan diri untuk membantu buat persiapan AGM & Dinner kolej yang akan bergabung bersama Kolej Tun Putih.

Maka, menjelang hari yang dinantikan bersama dengan keputusan yang memperjudikan emosi semua di dalam Dewan Bendahara.

YDP - Hadi (@HadiAlkeromari)
NYDP - Ijam (@nizamphoto)
Setiausaha - Aku
Bendahari - Kecik (@anonymous_kecik)
JPK Disiplin - Lokman
JPK Kerohanian - Atif (@atifzulkiflee)
JPK Kebudaayaan - Aan
JPK Kebajikan - Panjang (@shahrulnysman)
JPK Keusahawanan - Raja Syahiran
JPK Sukan - Raja Irsyad
JPK Kebersihan - Osem
JPK Tugas-tugas Khas - Own (@ownosman)

Malam ni, ada yang menghamburkan rasa kekecewaan mereka. Ada yang bersorak riang dan pelbagai lagi emosi yang bercelaru.

No comments:

Post a Comment