DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 23 April 2015

Diari Yang Hilang

Kebiasaannya, aku akan print diari-diari aku untuk dijadikan simpanan dalam bentuk fizikal serta mencantumkan beberapa lagi yang ditulis pakai tangan. Begitu juga dengan yang satu ini. Segala memori kenangan aku dikumpul di dalam satu fail khas, samada dalam bentuk cetak atau bertulis tangan. Catatan ini semua ditandakan dengan satu perkataan di hadapannya — LENDU.

Aku tersenyum melihat semuanya seakan lengkap bagai sebuah manuskrip untuk dibacakan dan aku mengambil keputusan untuk membuangnya. Ya, itulah keputusan aku. Aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku kena buang dia.

Kesemua perbualan antara ‘kitorang’ ada tercatat dalam tu termasuk di ruangan online. Disebabkan bagi aku yang berbentuk fizikal ini lebih mengerikan untuk dibawa bersama, jadi aku memilih teguh untuk membuangnya. Aku tahu, orang akan cakap aku bodoh dah kumpul, kemudian tiba-tiba nak buang.

Kau tak melalui mimpi aku.

Tapi tahu apa yang berlaku? Setiap kali aku cuba untuk buang dia, entah macam mana semua catatan tu kembali balik dalam keadaan asal. Aku dah buang banyak kali. Sebaik je aku sampai dekat bilik, dia ada balik dekat atas meja.

“Hm Kecik, aku dah buang kan benda ni?”

Kecik memandang tepat pada mata aku. Satu perbualan tidak nyata melalui pandangan berlaku.

“Kau selalu buang dekat mana?”
“Dekat tong sampah besar dekat bawah sana lah.”

Sepanjang minggu aku cuba untuk membuang semua tu dan setiap kali itulah dia muncul elok kembali dekat atas meja aku.

Kali ni aku dah bertekad, aku akan tinggalkan je dekat atas meja ni tak kiralah siapa pun yang jumpa. Dan aku selitkan sebuah nota padanya.

"Kalau aku tinggal macam ni okay tak?"
"Kau pasti dia tiba-tiba ada dalam kotak kau pulak nanti or anything else jadi?"
"Aku dah puas fikir dah. Ini je cara dia rasanya."
“Okay kali ni, kau cuba separates kan semua. Tak payah ikut turutan ke apa and make sure jangan buang dekat satu tempat. Buang tempat berasingan ke?”

Dan seperti yang dicadangkan, dalam keadaan yang tidak ada masa aku cuma pecahkan ke beberapa bahagian secara rawak dan berlari segera ke beberapa tempat pembuangan sampah sekitar Zon C. Macam tak masuk akal pun ada tapi kalau betul menjadi, baguslah!

Phone berdering, “Hello, haa weh kenapa?”

“Lah kau kata nak jumpa tadi.”

“Eh haah aku lupa. Kau pergi terus ke bilik aku dulu. Aku nak settle kan kerja sikit. Nanti aku balik bilik. Oh Eqmal, satu lagi. Bilik kitorang tak berkunci tu actually, masuk je kalau dah sampai.”

“Okay. Apa-apa kau roger lah.”

Bahagian terakhir catatan yang diasingkan ini aku genggam sedikit. Nombor muka surat yang berada di bawahnya aku pandang. Beberapa kali aku fikir adakah percaturan kali ini adalah yang terakhir kalinya?

“Please lah jangan datang balik. Kalau kau balik semula entahlah aku nak cakap apa. Biar cleaner je lah yang settle kan kau.”

Lalu, aku buang bahagian terakhir tersebut. Phone berdering sekali lagi.

"Blue, aku gerak balik kolej aku dulu. Ada hal kejaplah."

Aku nampak kelibat kereta dia laju meluncur melalui Kolej Tun Ali.

"Dia ni ada hal apa pulak."

Dan sebaik sahaja aku buka pintu, benda ni memang memeranjatkan aku. Bahagian terakhir tu ada dekat atas meja lagi. Serta ada yang tercicir di bahagian lain. Persoalannya sekarang, ke mana perginya bahagian yang lain? Kenapa dia tak muncul atas meja aku balik macam yang ni?

No comments:

Post a Comment