DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Thursday 21 June 2012

Kehidupan & Fasa Baru

What a beautiful life here.

Aku tak menjangkakan kehidupan aku akan berubah sebegini drastik dan pantas. Berbeza daripada apa jangkaan aku. Sana kawan, sini kawan. I'm happy with it. Haih, lebih menyenangkan hidup bebas dan berkenalan dengan kesemua manusia yang ada dekat sini. I wish I can stay with them here, forever.

Beberapa minggu selepas Minggu Destini Siswa ni, aku banyak melalui beberapa minggu orientasi yang lain lagi termasuk juga sibuk berkenalan dengan orang sekitar aku. Okay aku akan cerita sedikit berkenaan apa yang aku lalui sejak dua menjak ni dekat Lendu. Let's start with my classmate.

Class mula-mula, kitorang start dengan BEL101 atau dengan kata lain English class. Our lecturer nama dia Madam Mimihayu. Class pertama ni aku tersesat dekat mana tempatnya. Nasib baiklah terjumpa dengan seorang kakak ni naik kereta MyVi, dia tanya nak ke mana. Kampus sangat besar sampai tak tahu dekat mana Blok Y. Dia tolong hantarkan and dia tahu aku budak part 1 yang kesesatan.

Masuk class, duduk tepi seorang mamat bangla (macam bangla tapi tak). Aku rasa macam janggal sebab tak kenal yang lain-lain dan kalau ikutkan dekat sini, yang lelaki-lelaki maksud aku, takde seorang pun yang aku kenal duduk dekat Kolej Tun Perak. Lagi bertambah aku cuak. Ada yang macam kerek, poyo dan sebagainya.

Sesi perkenalan bermula. Lelaki semua duduk belakang. Aku sempat hafal nama budak lelaki je setakat ni. Azrief Syahmie, Fikry Ibrahim, Fardhy Syawal, Faiez Haiqal, Farhan Bakhtiar, Muhammad Faizul dan Azammuddin. And another 2 girls, Azhwanie and Ayu. Okay setakat awal-awal minggu tu, itu je yang aku kenal. Bila dah masuk lama sedikit, mula kenal dengan yang lain.

First meeting.

Class kedua with Madam Mimihayu.

I don't have any idea kenapa kitorang tidur atas lantai.

Fardhy Syawal dengan karakternya pada English Night.

K try to be Aaron.

Fikry Ibrahim dan peminatnya lol nak jadi artis ke tu?

Ini serba sedikit gambar yang ada dalam simpanan aku untuk beberapa minggu ni. Maklumlah, telefon tak canggih dan semua kena melalui Facebook. Diorang semua dalam gambar ni sangat crack which tak sangka aku akan suka dengan budak class aku. Rasa macam mesra gila. Okay, aku masih lagi tak tahu hari yang mendatang macam mana tapi harap-harap tak buruklah. By the way, K atau Fikry Ibrahim adalah class rep kitorang. I mean ketua kelas. Jadi dia bertanggungjawab ke atas kitorang untuk semester ni.

Beralih kepad Kolej Tun Perak, Ini adalah beberapa aktiviti sepanjang Minggu Taaruf. Masa minggu ni, levelmate semua kena bergaul dan kenal satu sama lain untuk unite. Takdelah duduk bilik dan tak kenal orang lain. Banyak aktiviti yang dilakukan. Apa yang aku tahu, kolej yang aku duduk ni baru je dibuka sekita setahun yang lepas macam tu. Kiranya kami ni sekarang batch yang ke 2. No wonder struktur masih baru dan cantik.


Persembahan Hakka Tun Perak.

Sekretariat Kolej.

Bilik Zai dan Nabil/


Minggu Taaruf

Gotong Royong

Student perempuan depan Dewan Bentara.

Levelmate bergaul.

Jadi inilah serba sedikit memori untuk ditinggalkan di sini sepanjang beberapa minggu ini dekat Lendu. Baik di fakulti mahupun di kolej. I love to be here and I love them. Semoga dapat terus begini di sini dan di mana-mana.

No comments:

Post a Comment