DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Sunday 10 June 2012

Hari Keenam

Minggu orientasi berjalan dengan lancar. Rasa macam beban kena tidur sampai 3 pagi setiap hari dah tamat. Untuk pengetahuan, orientasi dekat sini nama dia Minggu Destini Siswa or MDS. Semua kampus memang ada benda ni untuk pelajar diploma kalau tak silap. Kalau peringkat lain tak sure apa dia sebab seriously nak cakap aku datang sini memang zero. Kira memang nak larikan diri daripada semua benda yang ada dekat sana sebelum ni.

Memang aku tak buat study ke apa pasal apabendalah dekat sini. Yang paling penting aku dapat tiket pelarian percuma ni daripada azab yang aku kena tempuh macam dulu.

Aku ada rasa risau sebenarnya sekarang. Tak tahu apa yang akan terjadi nanti dengan aku. Dah tak ada makan free, orang kejut dan beberapa perkara lagi yang lain macam seminggu yang lepas. Dekat sini sama ke macam dekat asrama puaka dulu tu. Macam mana dengan kehidupan dekat Universiti? I've no idea. Aku still rasa awkward with everything yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni.

Macam tadi, Achik dan Anip ajak aku lunch. Dari sudut mata dan cara diorang tengok dekat aku ni, macam ada benda yang tak kena or diorang akan jadikan aku sebagai topik perbualan dekat bilik nanti. Ah fuck kenapalah aku fikir bukan-bukan macam ni. Damn.

By the way, Achik dengan Anip ni roommate satu bilik. Manakala Nabil dan Zai pun roommate. Sepanjang MDS berlangsung, aku rapat dengan diorang je. Memang tak berenggang langsung kecuali waktu kena balik bilik. Sorry to say, aku memang tak rapat dengan roommate aku. Dia pun entah pepagi melesap je kalau rollcall.

Dan seorang ahli baru, Haiqal. Tapi sekejap je. Maybe dia tak selesa dengan kitorang atau memang dia jenis yang nak bergaul dengan budak satu course dengan dia je. Entahlah. Malas aku nak menghadam.

Anyway, kolej yang sekarang aku duduk ni nama dia Kolej Tun Perak. Kolej baru lagi. Kalau check dekat Foursquare (now Swarmapp) berlambak orang check in Kolej Tun Perak.

Aku cukup gembira selama hari keenam dekat sini, still belum ada apa-apa yang menyesak pandangan aku. Nabil and Zai layan aku baik. Tak pernah kisah macam mana buruk rupa aku. Betapa pelik perangai aku.

Hanya seperti aku.
Aku jadi aku.
Tak lebih., tak kurang.

Zai

Anip

Nabil

Achik

No comments:

Post a Comment