DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Monday 4 June 2012

Awkward

Hari ni dapat kenal ramai sikit orang. Walaupun awkward nak start conversation dengan orang lain, tapi alhamdulillah. Berjaya buat kawan! Hari ni jugak, satu persatu mula terungkap di mana setiap persoalan yang berteka-teki sebelum ini mula terjawab.

Glad to know Nabil (first person yang aku kenal lepas tegur dia sebab dia duduk sebelah aku dalam dewan), Achik, Anip dan Zai. Kiranya Nabil, Achik & Anip adalah orang yang boleh masuk dengan aku setakat ni dan ngam lah. Boleh borak gelak macam dah kenal lama. Yang sorang lagi ni, Zai. Tak berapa nak cakap sangat dengan dia sebab satu dia memang secara tiba-tiba muncul petang tadi on the way ke Dewan Makan. Kedua, sebab dia ni memang menghadap phone dia je 24 jam.

Oh, apa yang berlaku lagi hari ni adalah kitorang ada lawatan fakulti kot nama dia ikut abang kakak dekat sini cakap which dia suruh kitorang bawak fail hijau apa semua daftar fakulti. Shit, dah lah ada benda yang tak cukup dalam senarai yang dia mintak ni. Macam aku cakaplah sebelum ni dekat catatan yang lepas. Yang pasal kena bebel tu. Itu sebab boleh jadi macam ni. Ah pergi mampuslah. Gamble, gamble.

Ada satu lagi. Tadi masa tengah beratur panjang nak tunggu giliran, ada sorang mamat ni dia peramah gila tanya semua orang dekat situ duduk mana apa. Then, aku pun salah seorang daripada orang yang dia tanya. Yes, aku terlupa siapa nama dia sebenarnya. Fuck. Dia cerita macam-macam pasal roommate aku. Fuck fuck fuck. Banyak betul keburukan yang dia jaja tadi. Terbayang-bayang lagi ni.


“Kau kena hati–hati sikit dengan dia tu! Silap hari bulan kau akan rasa apa yang roommate dia pernah rasa dulu. Hahahahahahahaha”


Sumpah aku akan ingat gelak syaitan dia sampai bila-bila. Negatif sangat ke roommate aku ni. Aduhai. Moga aku tertahankanlah. Kalau tak, dekat manalah aku nak merempat?

No comments:

Post a Comment