DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Monday 28 January 2013

Dear Friend

Aku tak pernah mahu dan pernah sesekali memalukan kau. Semua ini atas desak dan gesaan masa yang menyesakkan ruang untuk aku bernafas. Sebetulnya aku tak berniat untuk menjatuhkan air muka kau-- apatah kau sendiri satu kelas dengan aku.

Memang segala isi di dalam blog aku menceritakan dan membetulkan kembali fakta yang di tulis kau; tetapi tak bermaksud sedikit pun untuk aku pasakkan kata kata tersebut menyalahkan kau.

Aku tak datang ke sini untuk bertaipkan semua semata demi menjatuhkan nama kau. Aku tak meluahkan semua ini hanya sekadar kerana dan mahu membina nama hanya kerana benda-benda bodoh ini semua. Aku ingin menjadi aku di dalam setiap ayat aku bagi mempertaruhkan kebenaran yang aku lalui sendiri.

Dan apabila kau menyedari sebenarnya aku di dalam cerita yang sedang hebat diperkatakan itu, aku tak kisah bahawa yang kau kembali seperti biasa serta berbalik kepada yang asal. Aku tahu yang hitam itu wujud dalam setiap manusia di dalam dunia ini. Maka tiada seorang pun sempurna.

Aku mahu mohon maaf.

No comments:

Post a Comment