DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Saturday 26 January 2013

Karnival Tahajjud Cinta

Karnival Tahajjud Cinta merupakan sebuah event bertemakan kerohanian di mana diadakan di Dataran Ilmu berhadapan dengan Masjid Al-Hikmah. Event ini diadakan lebih kurang seminggu dan hasil kolaborasi bersama Kolej Merduwati.

Pada muka surat 85, aku menyatakan Kolej Atiqah (boleh highlight pada nama kolej tersebut) kerana ingin mengalih sedikit perhatian pada tujuan asalnya. Kalau ada terjumpa nama-nama yang ditukar gantikan dengan nama kolej yang lama, harap segera highlight catatan tersebut dekat nama kolej dan igat nama sebenar (sekarang) kolej tersebut.

Pada awal penubuhan UiTM Lendu, kolej-kolej kediaman yang berada di Zon A dan B diletakkan sebagai Blok A - P kalau tak silap. Ada beberapa kolej yang aku dapat kenal sebagai nama dan Blok apa.

Kolej Merduwati - Blok A (Atiqah)
Kolej Kasturi - Blok G
Kolej Jebat - Blok N (Nadim)
Kolej Lekiu - Blok P (Putra)

Yang lain aku tak berapa ingat apa nama blok sebab tak explore secara menyuluruh dan tak berniat nak ambil tahu secara mendalam lagi. Sebab itu kalau perasan mengapa di depan Kolej Merduwati tertera nama ATIQAH dekat entrance kolej diorang. Kolej Merduwati adalah kolej perempuan. Dan kalau perasan jugak, kalau kolej Jebat dan Lekiu sering menggunakan Kolej Nadim dan Putra Lekiu sebagai simbolik setiap kali ada hakka dan sebagainya. Kalau ada yang dekat Lendu rajin mencari blok apa setiap 14 kolej yang ada di Zon A & B, boleh tengok dekat bangunan kolej ada tertera huruf blok.

Back to the Tahajjud Cinta. Sekitar kawasan Dataran Ilmu terdapat beberapa kolej antaranya Kolej Tuah, Dang Anum dan beberapa buah kolej lagi. Kiranya kolej ni centre dia adalah Masjid Al-Hikmah. Dan di belakang masjid wujudlah sebuah tasik bernama Tasik Fatimah. Dekat sini ada stor kayak, track jogging atau cycling, sebuah jambatan yang digelar Jambatan Goyang. Keluasannya sekitar 400 meter (tak sure sebab selalu bila berlatih kayak memang coach cakap 400 meter).

Sekali lagi masuk semula kepada Tahajjud Cinta. Event ni merupakan event yang entah ke berapa semester ni bertemakan kerohanian. Jadi mungkin hasil lambakan program macam ni kali ini membuatkan pada mulanya sangkaan kitorang yang tak ramai akan datang. Ya lah, balik-balik akan ke tengahkan content yang sama. Mungkin nanti dah tak jadi lain dari yang lain dari event sebelum-sebelum ini.

Kebetulan sejak dua menjak ni pula, ramai selebriti yang berhijrah untuk bertaubat. Jadi lagi ramai yang berebut nak panggil diorang datang buat talk dan sebagainya. Diana Amir, Heliza Helmi, Tasha Manshahar & Syed Shamim (ada dekat YouTube orang upload with caption Tasha Manshahar UiTM Lendu if I'm not mistaken), Najwa Latif dan beberapa lagi selebriti yang datang Lendu semester ni.

Yes, malam yang Raja Syahiran marahkan aku tu memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila sebab dia boleh salahkan aku sebab Daiyan Trisha menangis? Dah malas nak ulang aku sakit hati. Eh entahlah.

Highlight:

- Muka surat 98 bermula "Beta cukup berkenan..." hingga "...percakapan aku."

No comments:

Post a Comment