DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Friday 14 September 2012

Let's Talk About My Roommate

Semalam, aku berjalan ke bilik lama dalam sekitar 2 pagi. Saja-saja nak tengok barang barang aku ada tak yang di kacau oleh Zul. Bukan boleh kira dengan si Zul itu. Sesuka hati melepak tak berbaju dekat lantai tanpa ada alas atau pelapik yakni tikar lah maksud aku. Dengan botol-botol deodoran, bekas wax, tisu merata-rata dan yang paling pasti bilik yang berkepam hapak. Itu adalah penyebab utama mengapa aku keluar dari bilik sendiri. 

Sesiapa pun tak tahan. Bayangkan aku pernah beli air-freshner 5 serentak letak di segenap tempat di dalam bilik aku. Tak cukup dengan air-freshner yang gel-- aku beli pula yang jenis spray. Dengan harapan dia sedar apa yang aku lakukan ini adalah salah satu langkah dia berubah. Tabiat si Zul ini adalah dia suka balik setiap minggu. Jadi, bilik itu kepunyaan aku sepenuhnya. Aku boleh buka pintu seluas-luasnya. Buka tingkap, campak langsir keluar (metafora) supaya dengan harapan yang paling indah bergunung segala bau-bau yang mencengkam hidup aku keluar bebas bersama angin-angin bayu sepoi tak berapa nak bahasa.

Sengaja aku biarkan pintu terbuka dan terkuak luas-- dengan tujuan semua orang tahu aku bukan macam Zul. Sangat kontra. Aku sukakan konsep pintu terbuka dan orang datang berkunjung ke bilik aku lalu boleh beramah mesra seperti hari-hari hari raya. Begitu dum dum changggg.

Bilik aku akan mewangi seindah kau berada di syurga bungaan harum (sekali lagi metafora) dengan harapan segala puji-pujian dapat aku dengar selama dua hari cukuplah berbanding 5 hari yang lain penuh dengan kutukan bilik busuk, tak bergaul, tutup pintu dan sebagainya. Tapi memang sesiapa sahaja yang melintasi bilik aku di TPK231 akan memuji;

“Wahhh wangi, rapi, kemasnya bilik kau. Mana Zul? Hahahahahaha (gelak mengalahkan babi tercekik kepalaa ayam)”

Dan itulah, bila tiba malam Ahad sebelum masuk Isnin-- segala air-freshner satu tan aku letak dekat bilik mula tak berguna. Bila balik saja si Zul ini, kalah segala wangi wangian dari syurga aku. Sekejap saja. Terus hilang dimamah bau ‘perfume’ dari dia. Alangkah berada di neraka tong sampahnya hidup aku. Cukuplah aku akan menghadapi segala rintangan yang mendatang selama 5 hari penuh dengan kutukan dan kata-kata keji nista caci maki levelmate.

Sebab itu aku memilih untuk blah daripada bilik tersebut. Tak sanggup hidup macam ni. Aku tak pasti samada orang lain faham atau tidak perasaan aku setiap kali balik ke bilik ni. Or even his classmate? Tak faham ke dia macam mana? Aku nak cari tahu nanti siapa classmate dia and nak tanya macam mana dia dalam class. Please lah satu hari ada orang beritahu dia macam mana sebenarnya dia.

No comments:

Post a Comment