DISCLAIMER

SELAMAT DATANG

Aku masih hidup. Itu yang pasti. Yes, yes. Sekarang ni kau ada dalam platform yang betul. Jangan pandang mana-mana tempat kau duduk sekaran...

Sunday 9 September 2012

Bermula

Luar dari beberapa jangkaan aku. Syahiran balik. Aku berseorangan. Dan aku memilih untuk tidur di bawah. Dengan lantai yang dilitupi dengan karpet koko gebu seperti toto empuk. Kipas laju seperti air-cond dan tak lupa cahaya suram malam disebalik langsir oren. Aku sengaja memasang radio yang berada di meja Syahiran.

Level kosong. Ada pun mungkin sorang dua yang aku tak rapat. Rasa sunyi dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Aku tetap dengan pendirian aku-- takkan balik kalau bukan cuti panjang. Memang aku dari dulu memang tak suka balik rumah. Rasa lebih bebas dekat tempat lain daripada terkurung dekat rumah mak tiri. 

Dalam mengharungi kepekatan malam yang aku rasa agak suram dengan satu level terdapat hanya beberapa orang sahaja yang tidak pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu, aku mula terfikir bermacam-macam benda. Paling tak berhenti berkunjung ke dalam fikiran aku waktu itu adalah renungan yang aku terima sejak berpindah ke bilik TPK210 ini.

Ada beberapa ketika nak je aku pergi lari masuk ke bilik Nabil dan Zai, tapi macam tak guna jugak kalau diorang pun takde. Damn. Nak tak nak kena harung jugak. 

Tengah asyik melayan perasaan dan fikiran-- radio secara tiba-tiba diperlahankan dengan sendiri. Kemudian dikuatkan pula. Alah… ibarat macam deejay atau penyampai radio itu. Dikuatkan dan diperlahankan volume suara. Tapi kali ini versi seram sikit. Versi di bilik TPK210 yang HANYA ada aku seorang sahaja, dan satu lembaga yang selalu perhatikan aku dengan renungan tajam di penjuru tepi tingkap berhadapan kaki katil aku. Okay kiranya, katil aku di sebelah tingkap yang menghadap hutan dan di antara tingkap dan dinding kan ada penjuru bucu ke apa itu? Haa dia selalu berada di situ di hujung katil aku. Dengan perasaan yang tak bersalah dan dengan gembiranya berdiri tanpa rasa lenguh saban hari di situ.

Tak. Aku tak fikir aku akan bangun atau pergi tutup radio atau pergi cakap dekat lembaga hitam itu--

“Weh, kau kalau ganggu aku pun takde guna. Aku memang tak ganggu kau dan aku tak pernah kacau kau pun. Aku rasa lagi elok aku kau pergi main terbang terbang dekat luar tingkap sana.”

Tapi itu kalau aku rasa aku gagahlah nak cakap dengan benda yang macam tu. Haram memang aku takkan pernah nak tunjuk berani. Cukuplah dulu je.

No comments:

Post a Comment